Friday, May 10, 2013


Ingatan buat diri sendiri
Segalanya pasti akan pergi.
Nikmat yang ada kita syukuri
Entah bila pula nanti musibah datang sebagai ganti
Hargailah yang ada di sisi
Sebab tidak tahu siapa yang dahulu pergi
Andai ada insan yang bermakna ingin menjauhi diri
Silakan, ku lepaskan dengan rela hati.
Cukuplah sekadar dikenang dalam lipatan memori,
Secalit warna kenangan dalam kanvas kehidupan diri
Calitan warna itu ku jadikan pedoman, tak perlu untuk dipadami.
Insan yang ingin pergi
Pergilah dan tidak akan ditangisi
Yang baru akan datang mengganti
Membawa adunan warna yang lebih warna warni
Semua itu adalah ketentuan ILLAHI
Sudah tentu ada rahmat yang tersembunyi.
Yang penting saat i
hargailah orang tersayang yang ada disisi
Mungkin DIA hilangkan kaca untuk kita dapatkan permata sebagai ganti

Sunday, February 21, 2010

Rintihan hati - 1



Cukuplah dugaan yang ku terima ya ALLAH
Aku tak sanggup lagi ya ALLAH
Kasihanilah hamba mu ini ya ALLAH

Kekayaan wang ringgit aku tidak ingin
Kemewahanan duniawi aku tidak ingin
Semua itu aku tidak ingin
Biar aku tidak punyai apa-apa
Biar aku miskin segala-galanya

Hidup ku  sudah tidak memberi makna
Tanggungjawab ku - amanahmu 
Tidak sesempurna mana
Tidak secemerlang mana
Aku sudah gagal
Gagal mejadi ibu mithali

Ampunkan dosa-dosa ku ya ALLAH
Hanya KAU yang mampu melakukan sesuatu
Lakukanlah yang terbaik buat diriku
Lakukanlah yang terbaik demi orang-orang yang ku sayangi


21hb Februari 2010
12.30 malam


Monday, January 4, 2010

Yang di impikan dalam 2010

Mencari ketenangan dan kedamaian dengan:

1. ALLAH
2. Suami aka sahabat yang paling setia
3. Ibuku
4. Anak-anak
5. Kerja
6. Kehidupan



Thursday, July 23, 2009

Hooray ......cuti 9 hari - H1N1 di UiTM Dungun

"Puan , ada kelas tak pukul 10.15 ni" pelajar Hotel sms bertalu-talu, "Fasal apa x ada kls pula, Saya x cancel pun. Lagi pun last week saya dah cuti seminggu demam, selsema, batuk n sakit tekak" mak balas sms student mak.Sampai kampus pukul 9.00 am terus pergi bahagian pentadbiran bertanya kenapa student duduk sibuk sms kata tiada kelas. " Kuliah akan ditangguhkan kerana kampus dah ada simpton H1N1 like." Tel steno pengarah" Pengarah akan buat official announcement pukul 10.00 nanti - Kuliah ditangguhkan sehingga 2 Ogos 2009. "

Hooray............ dapat cuti 9 hari, x payah punch kad.......best juga sebab mak memang tiada rest sejak bulan Januari 2009. Lagi pun mak baru baik demam.......mula panik juga takut terkena H1N1 sebab sebelum demam, mak pergi KL dua minggu berturut-turut. Dekat airport KT dan KLIA ramainya foreigners............takut juga tapi mujurlah deman selsema dan batuk biasa , Baik sikit dah start mengajar...jadi belum dapat rest sepenuhnya sebab walau pun demam dan bercuti kerja sebagai pensyarah tapi kerja sebagai "emak" tak boleh cuti. Itu pun mujurlah apik n nana x kisah makan siap bungkus je...lunch dan dinner, breakfast roti telur atau cereals n susu. Lunch nasi kukus 9 untuk dua orang siap dengan sirap ais or nasi kerabu RM 9 untuk dua orang. Kadang dinner order Hotel UiTM je,,,murah n sedap n apik n nana memang tak akan merungut. Sebab nasi goreng dia ada ayam goreng dan telor mata lembu. Untuk dua orang makan dinner about RM 10, mak n ayah jarang2 je makan dinner. Mak sebab dah ada kencing manis cuba elak makan malam. Ayah nak maintain berat badan sebab gaut.....malam ayah makan buah dan rot bakar sapu marjerin n kaya je. Dan paling best mak tak payah basuh pinggan sebab sudah makan buang saja.

So minggu depan mak boleh tidur sekejap lepas apik n nana pergi sekolah n mungkin bolehlah masak simple dish kot, Tapi so far nana n apik tak jemu lagi makan nasi kukus n ayam goreng berempah dan nasi kerabu , jadi mungkin mak akan beli je sebab murah dan tiada pinggan untuk dibasuh.Nak ambil orang gaji? Tak mungkin lagi ...sebabnya apik n nana tahu kenapa dan lagi pun mak nak apik n nana berdikari. Lebih senang hati tiada orang gaji.....penat n kelam kabut sikit tapi hati senang. Penat sebab rasa macam bekerja 24/7 , senang hati sebab tiada orang luar dalam rumah dan tidak perlu fikir orang gaji nak makan apa. Tak mau masak beli aje, Nana n apik senang je, Pizza/KFC/Yong Tau Foo atau order dari Hotel UiTM ,tak sampai pun sehari RM 50 untuk 4 orang. Murah dan tidak perlu basuh pinggan.

Satu je masaalah mak sekarang, basuh n lipat kain. Harapkan nana n apik , tak tahu bilalah nak tolong mak buat semua tu. Masaalah lipat kain pun dah selesai..............lepas basuh guna hanger, gantung saja, jemur dan kering terus gantung dalam almari. Baju sekolah dan lain2, apik n nana dah boleh buat sendiri......walaupun digosok pagi hari nak pergi sekolah, mak cuma gosok baju kerja ayah je.Ada hikmah disebalik tiada orang gaji ni...yang pertama nana n apik dah boleh masak nasi dan buat nasi goreng dan dah pandai gosok baju sendiri.

Kalau nana n apik boleh tolong mak banyak lagi, lagilah suka hati mak....jadi ringankan tulang bantu mak...dapat pahala dan keredhaan ALLAH dan ALLAH akan mudahkan kehidupan Nana dan Apik dunia akhirat.

Saturday, July 4, 2009

PESANAN UNTUK BUAH HATI MAK

Sudah lama mak tidak menulis. Bukan tiada apa nak ditulis..........begitu banyak yang mak nak tulis tapi sebab kesuntukan masa kerana mak sekarang sudah tidak ada orang gaji lagi untuk membantu buat kerja rumah. Mak rasa tahun 2008 dan tahun 2009 mak sibuk dengan tugas mengajar dan sebagai penilai LAN. Dari Dis 2007 - April 2008 mak sibuk mengajar, lepas tu bulan May - Jun 2008 mak mengajar intersesi. Kemudian mak pergi Shah Alam menghadiri Bengkel Penyediaan Soalan Program Ijazah. Balik Bengkel, semester Julai - Nov 2008 bermula, kemudian Dis 2008 mak sekali lagi menghadiri bengkel penyediaan soalan program Ijazah di Shah Alam.
Sedar tak sedar sudah masuk tahun 2009 dan bermulalah balik kitaran hidup mak sebagAi pensyarah. Semester Dis - April 2009 bermula diikuti pula mak mengajar intersesi May - Jun 2009. Mulanya mak malas nak mengajar intersesi tapi kasihan kat student mak...sebab mata pelajaran ini mungkin tidak ditawarkan semester depan . Jadi mak pun mengajarlah dan mak terkejut dengan keputusan peperiksaan.Pelajar mak lulus 100% untuk mata pelajaran ini dan ini satu sejarah buat mak. Tak pernak sepanjang mak jadi pensyarah selama 25 tahun dapat keputusan lulus 100% untuk pelajar ijazah. Mungkin rezeki pelajar mak...sebab mak tukar sedikit metodologi pengajaran dan juga mak mengajr lebihmasa sedikit.
Habis intersesi May-Jun 2009, sekali mak terpaksa menghadiri bengkel penyediaan soalan program ijazah pada minggu pertama bulan Julai. Mak sebenarnya malas dah nak pergi buat soalan. Dah tak tahu nak buat soalan macam mana lagi tapi kawan mak beritahu dia akan ikat mak sehingga mak pencen............nampaknya mak nak pencen awal. Dan minggu kedua bulan Julai kena pergi kolej UNISEL pula, atas urusan tugasan LAN dan mungkin minggu ketiga Julai kena pergi UiTM Pulau Pinang kerana menghadiri workshop Hospitality Accounting kerana mak mengajar perakaunan kepada pelajar program perhotelan. Mak mengajar perakaunan kepada pelajar perhotelan kerana mengingati mak pernah mengajar arwah Chik ketika Chik mengambil sijil perhotelan di UiTM Dungun dan Chik dapat "A" kedua-dua mata pelajaran perakaunan tersebut. Niat mak ingin membantu pelajar perhotelan ini sebagaimana mak pernah membantu Chik dulu.
Mungkin ada hikmah disebalik kesibukan mak ini..............mungkin sudah sampai masanya apik n nana berdikari apabila mak tiada dirumah dua tiga hari . ALong, angah dan yana sudah boleh berdikari tapi apik n nana mak tak tahu lah bila nak berdikari. Mak sudah berumur 50an , tidak tahu selama mana lagi akan berada di dunia ini...............jadi mak harap apik n nana ambil iktibar dari ketiadaan sementara mak ini untuk berdikari dan mematangkan diri sebelum mak pergi untuk selama-lamanya. Apik n nana kena saling berbaik2 dan bantu membantu kerana hanya apik n nana sahaja yang akan berada dirumah kerana along, angah n yana masing2 akan sibuk dengan urusan sendiri. Belajarlah bertolak ansur dan bertoleransi kerana tiada orang lain kerana hanya ada apik n nana dirumah sekurang2nya untuk 5 -8 tahun akan datang. Kalau umur mak panjang alhamdulillah mak boleh membantu tapi tiada jaminan mak akan berada bersama apik n nana untuk selama2nya.
Oleh itu, khas buat apik n nana, ......belajarlah bergantung harapan kepada ALLAH kerana hanya ALLAH yang boleh membantu apik n nana kerana ALLAH akan sentiasa ada dan mampu melakukan apa jua .

BUAT SEMUA BUAH HATI MAK,

JANGAN TINGGAL SEMBAHYANG, BERBUAT BAIK LAH SELALU DAN SENTIASA BERDOA DAN YAKIN LAH ALLAH MAMPU MEMBERI SEGALA2 YANG DIPINTA.

Award daripada kawan sejati - Norma


Thanks Norma . I appreciate it very much just like I appreciate and value your friendship.

This award was given to mak from a very close friend who is like a dearest younger sister to mak. She is really a very good person.
True friends are rare like precious gems and Norma -you are one of them.
May our friendship last forever n forever and God willing, we will meet again someday in Dungun

Thursday, June 18, 2009

Berita gembira dari Along - TAHNIAH ALONG

Buka handset - ada missed call dari along. Mak sebenarnnya selalu bimbang kalau ada missed call dari anak2 - terutama along." kenapa along call mak" " Along ada berita gembira mak" " Along lulus dengan CGPA 3.50 > " Bagi mak amat cemerlang "Alhamdulillah........." mengalir airmata mak mendengar berita ini. Sebabnya........hanya mak, along dan ayah saja yang tahu......jalan2 yang along, mak dan ayah lalui untuk along sampai ke tahap ini .Dari 2003 , mak sentiasa mengalir airmata, bimbang tapi tak pernah berputus asa mendoakkan dan mengharapkan along akan berjaya jua akhirnya dan akan berjaya sekali lagi insyaallah mendapatkan ijazah senibina satu hari nanti.

Tahniah .............Long. Tahniah ..............Long.

Mak harap mak sudah buat yang terbaik untuk along. Lebih dari itu mak tak mampu.....

Begitu juga untuk Angah, Yana, Apik dan Nana.......mak cuba yang terbaik dan termampu dan selebihnya mak berserah sahaja pada ALLAH...........tapi mak mahu Along, Angah, Yana, Apik dan Nana tahu.......mak hanya mahu yang terbaik untuk Along, Angah, Yana, Apik dan Nana ....walau pun kadangkala Along, Angah, Yana, Apik dan Nana merasakan bukan yang terbaik. Mak sendiri tidak tahu samada segala keputusan yang mak buat itu betul ke tidak....tapi mak sentiasa berdoa dan berharap agar ianya betul.

MAAFKAN MAK...........
keputusan mak tidak selari kehendak dan kemahuan Along, Angah, Yana, Apik dan Nana
MAAFKAN MAK ...........
tidak memenuhi semua kemahuan Along, Angah, Yana, Apik dan Nana .
MAAFKAN MAK ...........
tidak seperti mak kawan2 Along, Angah, Yana, Apik dan Nana

MAAFKAN MAK...........untuk segala-galanya
MAAFKAN MAK.......... ini sahaja kemampuan mak .

Dan mak sentiasa memaafkan Along, Angah, Yana, Apik dan Nana walau pun sudah banyak kali airmata mak mengalir. Mak tidak pernah putus mendoakan agar Along, Angah, Yana, Apik dan Nana sentiasa diredhai dan dirahmati ALLAH dan diampunkan segala kesilapan yang telah dilakukan.

Andaikata mak ayah tiada lagi di dunia ini mak berharap sentiasalah Along, Angah, Yana, Apik dan Nana berbaik2 dan saling bantu membantu.


Mak amat menyayangi Along, Angah, Yana, Apik dan Nana