Thursday, November 29, 2007

3 Hari Ku Berkursus

26 Nov 2007 Isnin

Hari ini mak akan menghadiri Bengkel Perisian Penerbitan dari 26Nov - 28 Nov di Makmal 14A. Mak memang suka belajar apa jua software sebab ianya mencabar - ada saja benda baru yang kita akan jumpa kalau kita rajin explore melalui trial and error. Lagi pun bengkel ini free - mak hadir sebagai kakitangan UiTM. Mak beli buku sahaja nak belajar blogging dan You Tube habis dekat RM150. Dahlah free,,,,,,,,,,,,ada makanan pagi, tengahari dan minuman petang lagi. Mak duduk depan sekali sebab mak selalu pesankan anak2 mak supaya duduk depan bila belajar jadi mak pun mesti duduk depanlah. Mak duduk dengan pensyarah Bahasa Mandarin - Puan Yee.
Pada sebelah pagi mak belajar Macromedia Freehand - belajar buat grafik yang boleh digunakan dalam sortware lain seperti Adobe Photoshop. Pada peringkat permulaan terkial-kial juga sebab jurulatih tidak ulang balik apa yang ditunjukajar. Banyak kesilapan yang mak buat tetapi mak percaya kita sebenarnya belajar dari setiap kesilapan yang kita lakukan, Mak buat lagi berkali-kali sehinggalah pada sesi petang mak dah sama setara lajunya dengan jurulatih.
Sebelahnya petangnya mak belajar Adobe Photoshop, bagaimana nak insert gambar/ nak join dan transform gambar. Bengkel sebelah petang tamat pukul 5.
Pukul 6.00 ptg buka Yahoo Messenger .........harap-harap angah ada online..............boleh sembang-sembang sebab sudah berapa hari tak bertanya khabar. Angah beruntung belajar luar negara masa le ni.Boleh berbual-bual dengan mak hampir setiap hari taklah rindu sangat.Boleh belajar masak nasi ayam lagi. Masa mak belajar kat US dulu tahun 1981-1984 se ingat mak hanya dua kali dalam tempoh 3 1/2 tahun mak diluar negara.telefon tok. Dahlah rumah tok Temerloh tiada kemudahan telefon....terpaksa tumpang rumah Embong Zizah. Mak berhubung dangan tok hanya dengan menulis surat sekurang2nya seminggu sekali menggunakan mail udara. Mak memang rajin menulis surat kat tok dan arwah chik.......arwah chik dulu ada simpan semua surat2 dan poskad yang mak kirimkan tapi bila rumah tok terbakar semuanya habis hangus.
Angah ada...........sebab kat ikon angah berwarna merah tapi busy....takpa mak cuba call ajelah .....Ring.........Ring.........Ring..................helo mak.............assalammualaikum angah..........angah sihat ......sihat...........dah makan..........makan apa . Itulah yang mak selalu tanya buah hati keduaku ini kerana mak tahu kalau kat rumah macam2 ada kerana mak memang suka masak untuk anak2 dan angah pun suka makan tapi tak berapa pandai memasak. Makan malam belum mak..........tengahari tadi angah makan nasi ngan ikan gorengan tempura serta sayur2an sos mayo.............malam ni nak makan roti je. Sedih mak dengar angah makan roti je.........mak ayah makan mee bakso dan adik nana makan kuah dan bebola daging bakso dengan roti bakar kosong. Takpe lah angah itu semua adalah pengorbanan demi masa depan yang berjaya. Tabah, sabar, jangan tinggal solah serta banyak berdoa agar angah berjaya menempuh segala dugaan di Nagoya. Ayah mak pun disini tidak pernah lupa mendoakan angah disana. Pukul 6.30 petang mak berhenti YM dengan angah kerana ayah dah nak makan malam.
Sedang mak membantu adik Nana membuat latihan English Camp anjuran UiTMT tiba-tiba ikon msg tertera di telefon bimbit mak. Message dari siapa ya..Lah akak....Aslmkm. Akak ni.......Mak sms balik ........open imran YM now Ring.........Ring........Imranjondol calling..........mak berbual2 dengan makndak , banyakle juga ceritanya dari fasal mak gi KL, Ayah Long, makayah nak balik hari raya haji dan korban seekor lembu nanti, masaalah nanny makndak kerana makndak akan bekerja di Egypt. Mudahan dipermudahkan segala urusan buat makndak dan berjanji akan YM lagi dan jikalau ada kepeluan apa-apa send message kat YM

27 Nov 2007 Selasa

Hari kedua bengkel perisian penerbitan. Sambung belajar Adobe Photoshop. Sama macam software lain yang mak pernah gunakan ..cuma Adobe ni banyak lagi tools untuk edit gambar berbanding lain yang lebih simplified.
Tulisan BlipBlop dan logo dihasilkan menggunakan perisian Macromedia Flash di export ke Adobe Photoshop:Tepat 4.30 petang hasilnya berjaya menyiapkan Header untukdigunakan buat buletin kelas esok iaitu Adobe InDesign CS



28 Nov 2007 Rabu
Hari ini hari ketiga dan terakhir mak menghadiri kursus perisian komputer. Hari ini nak belajar Adobe InDesign CS...satu software publisher. Mak akan menggunakan fail-fail yang telah mak buat ketika menggunakan perisian Macromedia Flash, Adobe Phortoshop dan juga fail Word dan menjadi kan seolah penerbitsn suratkhabar saiz A4. seronok mak ........Prinsip mak mudah je kalau tidak tahu bertanya sehingga mak betul-betul faham. Tetapi sebenarnya tidak cukup satu hari je belajar adobe Indesign CS dalam satu hari. mak bercadang nak beli buku2 perisian tersebut bila pergi KL nanti...jawabnya habislah lagi duit mak beli buku2 Macromedia Flash, Adobe Photoshop dan Adobe InDesign for Dummies.....mak suka beli buku for Dummies ni kerana mudah memahami.

Waktu tengahari mak sempat melayari My World dan post comment. Ngah ..........kalaulah mengharungi lautan kehidupan ini semudah membaca buku dan lulus peperiksaan............Makde sanggup kembali ke zaman belajar. ( walau pun pernah hanya ada tak sampai USD20 selama hampir 3 minggu kerana biasiswa lambat dapat, nak minta ngan tok dan tokabah manalah tok dan tok abah ada duit, jawabnya makan nasi ngan sup2je...makde stretch ration ayam 1 1/2 ekor untuk tiga minggu. Mujurlah sayur dan beras kat US murah...jadi banyak sayur dari ayamnya.)......sanggup belajar giler2.....ambil jurusan medic pun makde sanggup walau terpaksa bersenkang mata pun tak apa.sebab penghujungnya kita pasti cemerlang dan akan dapat markah A. Tapi dalam melayari bahtera kehidupan tidak semudah itu Ngah.(Ngah ada My World , makde ada Catatan Bonda dan makndak ada Merrily ....Merrily life is but a dream......tunggu mak ngangah pula join the group he...he...he.... ) Terutama sekali dalam dunia perkahwinan.......waktu bercinta memang cukup indah sebab di waktu itu tiada ikatan tanggungjawab dan kita tidak tahu the true colors pasangan kita. sedangkan diri makde yang sudah hampir setengah abad ini pun kadangkala makde tidak pasti makde kenal diri sendiri. Bercinta dan berkahwin mudah saje tetapi nak mengekalkannya sehingga ke hari ini....sudah hampir 25 tahun... .........hanya ALLAH sahaja yang tahu.........andaikata suami agak tidak begitu perihatin dan peka dengan perasaan dan jiwa kita. Bukan dia tak sayang tetapi kadangkala cara didikan dia yang membuatkan dia bertindak sebegitu. Berendam air mata .........memendam perasaan .......itu biasa aje buat makde.......sebab dalam perkahwinan ini pada 15 tahun pertama ada tiga jenis gelombang .......lima tahun pertama ianya ibarat ombak yang begitu manja menyentuh menguis halus kaki ketika bermain dan berlari-lari anak di gigi air ..........lima tahun kedua ombak ini adakalanya nakal menerpa menerjah kita dan menyimbah air ke paras lutut ....akan basah kalau tidak cepat berlari ke pantai......lima tahun ketiga ......oh ....tidak sanggup rasanya makde melaluinya lagi......ibarat ombak bergelora di pantai timur Malaysia pada bulan disember.......mengganas menggiler ( pinjam perkataan favorite pidaus) ........ memukul pantai bertubi-tubi tanpa ada belas ikhsan...........andaikata dapat melayari nya tanpa tenggelam bersama ,......Nikmatnya....... ketenangan...... kebahagiaan ......kedamaian.......yang sukar nak dikatakan ..hanya orang yang pernah melaluinya dapat memahami apa yang makde maksudkan. Ya ALLAH hanya padaMU ku panjatkankan kesyukuran kerana memberi ku kesabaran dalam menghadapi dugaan MU selama ini. Dan juga dengan izin dan undanganNYA dan janjiNYA bagi orang yang sabar .......makde dihadiahkan olehNYA diatas kesabaran makde mengharungi dugaanNYA.......menyimpul kasih di Masjid Nabawi di kota Madinah dan di hadapan Baitullah di Kota Makkah pada tahun 2001( bersama ngan tok ), 2002 ( mengerjakan haji bersama dengan kakakku Ngah dan Kak Long ...isteri abg Longku), 2004 (bersama dengan mak ayahde ) dan 2007 ........... kami berdua saja dan tahun 2007 cukup istimewa .Kami berdua saja satu hotel.... makanan dihantar ke bilik .....kunci pintu hotel pula.... kami diamanahkan oleh tuan punya hotel memegang sendiri Macam pergi berbulan madu......... yang tidak pernah makde rasai dalam erti kata sebenar sebab selepas kahwin sambung belajar dan kongsi menyewa sebuah rumah dengan tiga lagi pelajar sarjana lelaki. Hotel yang makde menginap bukanlah taraf lima bintang ....tidak penting dan tidak perlu pun hotel lima bintang di kedua kota ini......dan hotel tersebut betul2 dekat dengan Bukit Marwah dekat sekali dengan Masjidil Haram........... Ngah .......makde tidak tahu nak menceritakan perasaan makde ketika disana apabila bersama2 dengan ayahde berdoa di Jabbal Rahmah, berdoa di Raudah, berdoa di Madinah, Arafah, Mina dan juga ketika tawaf di Baitullah. Rindunya makde pada kedua2 kota ini..doakan makde boleh berkunjung lagi kesana ya dan semuga perkahwinan makde ayah de kekal bahagia ke akhir hayat.

Kak long Siti, Kak long Nisa, Ngangah,Farhana, Dayah, Linda, Yana, Ayesha, Amalina,Jannah, Nana, Rifka dan Syakira :

BILA SUDAH MEMASUKI GERBANG PERKAHWINAN BANYAKLAH BERSABAR
DAN INGATLAH SAAT2 MANIS WAKTU DI ALAM PERCINTAAN DAN KEKALKAN SAAT2 TERSEBUT. Wish U all a successful marriage and a happy career dan to all the boys of Bahaman's clan - a successful career and a happy marriage.

Tepat 2.30 petang , bengkel bermula dan lesson terakhir ialah menukar contoh buletin dalam Adobe InDesign kepada PDF file............voila sudah siap dan berjaya lulus dengan cemerlang bengkel perisian penerbitan.
Inilah hasilnya.

Terima kasih En Asri dan Encik Rani aka Ateng, Pn Norlela dan Unit ILQam kerana memberi peluang mak menghadirinya walaupun mak bukan AJK mana mana buletin dalaman UiTMT



6 comments:

Sarah Mohd Shukor said...

Salam Makde.

oh. special nya. ditujukan utk ngah ke. ngah faham apa yg makde maksudkn. lesson learned insya Allah. tp ngah sendiri tak dapat nak predict what is awaiting. and how its gonna be in the future.

but can i ask u something. what made u to write something like in the green and specially dedicated it to me? *makde ada sense apa2 ke? hehe*

Sarah Mohd Shukor said...

oh lupa! untungnya makde dpt attended those classes for free. balik nnti, suruh nan buat class khas utk mak plak la. suruh mak berblog jgk. ni tak. mak just read my blog, ur blog, mak andak's blog n nan's blog je. menulis dia tak mahu. hihihi. should force her abit la after this. actly, by blogging, its kinda stress therapy, isnt it? esply for people like mak n makde. teaching is tough. i know that..

maklang said...

salam mak de...adek ipar maklang pun nama Mak de...dia duduk kat Paka..

Anak sedara pulak sekolah kat UitM Dungun, ambik catering...

Sarah Mohd Shukor said...

oh, ni nak ajar makde 1 new info. kalau ada org tinggalkn komen pd makde, u can just click pd nama org tu(eg: maklang or sarah mohd shukor) so akan terus ke profile org tu. so ada lah link blog nya. try la. apapun, ni linknya:

http://dariteratakmaklang.blogspot.com

glamour maklang ngah promote2 blog dia. hehehe

RozIlah Kamarudin said...

De, assalamualaikum. Canggih la De dah pandai Photo adobe and Macroflash. Akak dah 2X plan nk belajar. First time dulu in 2002 tp X jadi coz di promoted jadi manager. Tak pandai nk bagi masa, so tak jadi.

Ingat this time, nk belajar dah kena kerja pulak....

Wah, de boleh buat buku on phases of marriage pulak ya...

Akak baru perasan, there are 13 2nd generation women of Tok clan... wah.. boleh jadi macam Thirteen Warriors ya.

InsyaAllah they will goncang the world!!!

Yala Ngangah ajarla mak blogging, ada record three sisters berceloteh... and sambil2tu berleter kat anak2 saudar yg ramai on-line nih...

Dunia sekarang is ecrtainly smaller with internet.

Yes, like Nghngh said, De can go to Maklang's blog, she has quite a few

Till we meet again!!!!

Sarah Mohd Shukor said...

everyday mak reads our blogs. but she doesnt leave any comments. she's so silent with her daily activities putting her eyes observing her childern (me, nan n including farah) n her sisters from lebak. any new stories, she will tell tok. so does kaklong. but mak now is very busy. she has to submit final report n start working on the plan for next yr. hmm.. she's so dedicated with her work. and she said, she will find time for this 1 day, insya Allah.

actually, by being a silent reader to our blogs, mak plays big role to get us connected to family in lebak. esply with Tok.

we all ada 13 ke? haah la. 13. mak andak paling ramai girls. ayah long 2nd place. yg lain sama je 2 org each. so, we are the ocean thirteen! :)