Saturday, October 27, 2007

Angah.- Ahmad Firdaus Che Ismail....... buah hati kedua

Hospital Dungun. 6 September 1987.Angah tidak sabar-sabar lagi untuk berjumpa emak ayah dan Along. Tidak sempat hendak ke Hospital KT kerana sudah ada tanda-tanda yang angah akan tiba......sampai dilabour room.....emak terpaksa menahan kakak pencuci bilik labour supaya menunggu mak kerana nurse bertugas tidak percaya yang mak akan melahirkan angah. Mak memang mudah bersalin......semasa along dulu doktor kata mak akan bersalin pukul 8 malam tetapi pukul 4 petang along dah menjengah keluar....terkejut ayah dibuatnya. Ini pula angah.....air mentuban dah pecah dan angah hanya 2.5 kg.......begitu laju terpanculnya....mujurlah kakak tersebut sempat menyambut angah....kalau tidak........tak tahulah apa akan jadi pada angah. Angah sedikit kekuningan ....jadi perlu rawatan cahaya lampu . Mujurlah tok temerloh boleh menunggu angah dan emak. Angah seorang sahaja yang ada orang menunggu di hospital selepas dilahirkan. Dari hari pertama melihat dunia.......membesarkan angah cukup menguji kesabaran mak. Masa dalam pantang, angah tak akan tidur kalau tidak tidur atas riba mak. Mak terpaksa riba angah .....bayangkan mak duduk bersila dengan jahitan yang belum sembuh. ALLAH sahaja yang tahu bertapa sakitnya nak duduk bersila.......angah menyusu dengan mak setiap satu jam.....mak pun tak faham....kenapa angah hanya sedikit sahaja menghisap susu............cukup untuk tidur satu jam sahaja. Lepas itu angah akan menangis dan terpaksa diberi susu. Begitulah mak melelapkan mata selama 40 hari dalam pantang. Duduk meriba angah.....nak mandi tok temerlohlah yang meriba angah. Mak terkena post natal blue.......mungkin sebab tak cukup tidur, penat melayan along ......ketika itu baru umur dua tahun ......tengah lasak berlari dalam rumah tok yang lama.....dan ayah pula kat dungun kerana masa itu ITM musim final exam. Akhirnya tok suruh balik Dungun takut nanti terjadi penyakit meroyan. Dan begitulah seterusnya , kalau tidur dalam buaian mesti dihayun selalu ,kalau berhenti akan terjagalah jawabnya. Tapi rupa-rupanya ...................apabila sudah menjengah remaja, angah lah penghibur hati mak.....agar tabah menghadapi apa jua dugaanNYA. Sehingga hari ini.....sedih rasanya angah tiada disisi walau pun angah tidak pernah tahu gelora besar yang bergelombang dalam hati dan fikiran mak............cukup dengan kehadiran angah ..........mak akanlupa seketika.....Semuga ALLAH panjangkan umur Angah serta dirahmatiNYA kerana angah memang anak yang baik.

1 comment:

Ahmad Firdaus said...

semasa angah membaca catatan ini, tanpa sedar2 mengalir air mata, x dpt angah tahan air mata yg mencurah2 ini drpd berhenti mengalir.terima kasih mak dan ayah, terutama mak yang bersengkang mata siang dan mlm menjaga angah dengan penuh kasih sayang bagai menatang minyak yg penuh dari umur 1 hari sehingga sekarang.terima kasih kerana tidak jemu2 melayan kerenah angah yang tak terkira banyaknya. terima kasih mak dan ayah kerana menjaga dan mendidik angah sehingga selama ini sehingga menjadi insan seperti sekarang. walaupun angah sekarang berjauhan dengan mak dan ayah, angah tidak melupakan mak dan ayah yang selama ini menjaga angah dengan penuh kasih sayang tanpa rasa penat dan jemu. walaupun angah tahu jasa emak dan ayah tidak mampu angah bls, angah akan berusaha sedaya upaya membahagiakan mak dan ayah, dengah langkah pertamanya insyaallah membawa segulung ijazah dari luar negara. TERIMA KASIH MAK DAN AYAH