Thursday, October 25, 2007

Suami Tercintaku - Che Ismail bin Long



Kapal Terbang MAS KL-Tokyo.Disember 1980.

Sedih.....pertama kali meninggalkan emak dan abah. Begitu jauh sekali ini aku tinggalkan mak dan abah. Paling jauh aku tinggalkan mak dan abah ialah ketika mengambil Diploma Perakaunan di ITM Shah Alam Disember 1977. Nak marah rasanya kerana aku sedang melayangkan fikiran ku kepada mak dan abah diganggu oleh sekumpulan ank muda yang riuh rendah bergembira. Orang tengah sedih , dia orang suka-suka pula..... Mereka duduk dibelakang ku..suamiku dan kawan-kawannya. Waktu itu masih belum mengenalinya. Mereka pun akan ke destinasi yang sama, WMU Kalamazoo. Dalam hati ku, pandai sungguh pemuda Cina ini bercakap Bahasa Melayu....tiada pelat sikit pun malah siap dengan loghat Terengganunya. Rupa-rupanya dia bangsa Melayu + Cina. Tidak bertegur sapa pun sebab masih melayan kesedihan meninggalkan mak dan abah.

Kalamazoo, Michigan,WMU. Kelas Non Western World....dalam dewan kuliah.....aduh dia ada disebelahku pula. Asyik tidur dalam kuliah mungkin masa itu itu musim sejuk...kelas pukul lapan pagi memang seronok tidur dalam dewan kuliah yang hampir 300 pelajar. Aku...memang tidak pandai nak tidur dalam kelas...aku memang rajin menulis apa jua yang dilecturekan. Nota ku memang lengkap....dan si dia memang selalu datang ke rumah ku Forestview Apt untuk menyalin nota kerana asyik tidur dalam kelas.
Bermula dari waktu itu.....sebagai kenalan sekuliah kami terus steady.....

Kg Lebak, temerloh, Pahang.20 Mac 1983. Aku sah menjadi isteri dengan sahabat yang paling ku cintai. Perkahwinan kami simple saje dengan mas kahwin hanya RM22.50 tunai. Dua minggu kemudian kami terbang semula...ke US menyambungkan pelajaran ke Sarjana ...tamat Julai 1984 dan pulan ke Malaysia. Aku mendapat tawaran kerja kat Kl sedangkan suami ku di KT...tidak sanggup rasanya nak berpish setelah sekian lama bersama. Kami pun mengambil keputusan untuk mencari kerja di organisasi yang sama dan memilih ITM kerana kami sama-sama belajar di ITM dulu dan ingin berbakti mendidik anak bangsa . Awal Disember 1984 aku disahkan mengandung anak sulungku Amirul Fadhli ( dugaan ku) dan Februari 1985...kami mendapat tawaran sebagai pensyarah ITM Dungun, Terengganu.

Buat suami tercinta, terima kasih kerana mencintai ku dengan segala kelemahan yang ada pada ku....kaulah teman setia dan semuga kasih sayang kita berdua kekal abadi ke akhir hayat. You are surely the best friend, husband and father ( if only my children understand him) that one can have and I thank ALLAH for that.

3 comments:

Sarah Mohd Shukor said...

romantiknya kisah cinta mak de & ayah de :) may u both be blessed forever.

Anonymous said...

Lain betul rupa che we muda2 dulu ya dengan sekarang. Maklum lah... Aku kalau jumpa koramg sekarang mungkin tak kenal. Tapi bila tengok gambar che we muda2 dulu kenal le aku. Korang mungkin tak kenal atau tak ingat sangat aku. Tapi aku ada di Kalamazoo 1 semester awal dari korang. Teringat juga zaman muda2 kat Kalamazoo. Cepat betul masa berlalu. Masing2 dah punya anak besar2 dan ada yang dah bermenantu. Yang dah meningal dunia pun ramai. Anak2 aku masih kecil2 lagi. Yang tua baru 12 tahun. Apa nak buat... bukan lambat dapat anak... tapi kahwin lambat... Anyway kalau masih simpan gambar lama2 tu postkan ler dalam blog ni untuk mengembalikan nostalgia.... At least aku duduk sorang2 di padang pasir jauh dari keluarga terhibur juga membaca blog dan melihat gambar dulu2 di Kalamazoo

Anonymous said...

Teringat masa belajar dgn Pn Noor Aida ACC1 ACC2 thn 87/88.
HeHe Garang !!
Anyway TQ