Saturday, December 8, 2007

Nostalgia


Hari ini mak tak ada mood nak menulis. Teman setia mak - ayah tiada kerana menemani Yana pergi ke Ipoh menghadiri EduCamp Uni Petronas 8 dis - 11 Dis 2007. Bukan nak memasukki Uni Petronas tetapi sekadar agar Yana mengutip pengalaman menghadiri sesi temuduga untuk persiapan diri di masa masa akan datang. Tak ada mood nak menulis kerana tertangguh lagi nak balik rumah tok Temerloh...jadi mak mengemas rumah dan melihat gambar2 lama along angah dan buat keputusan scan sebahagian dari gambar kegemaran mak sewaktu along dan angah cukup rapat sekali masa itu sebelum bermula "Perang Dunia Ke 4". Tentu along dan angah ingat waktu2 tersebut dan mak harap "peperangan" tersebut akan membuat angah dan along akan menjadi sahabat yang akrab le ni dan akan menjadi lebih bertanggung jawab menjaga Yana, Apik dan Nana nanti bila mak ayah sudah tiada didunia ini. Ingatilah perang demi perang samada di meja makan, depan tv kat luar rumah dsbnya. Dan angah ingat mak kejar angah keliling rumah tapi tak pernah dapat sebab waktu kecil angah cukup pantas berlari . Biar bergaduh masa kecil tetapi bila sudah dewasa semua itu menjadi kenangan manis .

Kenderaan pertama angah . Masa ni angah dalam umur 2 tahun. Ini kat rumah di Taman Sura, Belakang JuJaya Mini Market. JuJaya Mini market dah tiada lagi. Dan le ni kat bawah, angah di motorshow di Jepun he...he...satu hari nanti angah boleh tunggang motor besar ni..tapi tukar lesen dulu ya macam along punya baru boelh bawa yang 200cc keatas. Jadi ke angah nak beli motorsikal suzuki !!!!











Ini motorsikal along yang pertama yang ayah belikan, lebih kurang 2 tahun juga dan besar nanti....mak pun tak tahu along nak beli motor macam mana. Belikan mak mini cooper jadilah nak pakai dah tua2 nanti.











Teka siapa dua orang dibawah ni.

Cucu lelaki tok no: 1 dan no: 2 ................cute kan
Kiri - no 2 dan kanan - No 1


sekarang sudah jadi jejaka paling handsome di kaca mata kedua ibunda jejaka2 ni, yang no:2 katanya sudah berpunya tapi ada 3 kosong lagi he...he...he... (ayahde cakap) yang no:1 rasanya belum lagi berpunya.....masih ingin mengejar cita cita .

Apa-apa pun, carilah pasangan yang boleh bersama waktu senang dan susah, waktu bergembira dan bersedih dan paling penting menghormati kedua ibubapa dan menjaga agamanya dan bagi mak .......carilah yang orang yang sederhana citarasanya supaya mudah menyesuaikan diri dengan mak ayah kerana makayah sederhana dan simple orangnya, takut nanti tidak serasi dengan anak menantu dan keluarganya kerana perkahwinan bukan hanya ikatan dua hati tetapi adalah ikatan dua buah keluarga. Dan anak lelaki mesti ingat , ibu mesti di utamakan daripada isteri dan cari lah pasangan yang boleh menerima hakikat ini jikalau kebahagian yang dicarikan di alam perkahwinan.

Tuesday, December 4, 2007

Risau

Semalam 3 hb Disember 2007, seperti lima bulan yang lepas, mak kesakitan yang amat sangat setiap kali datang haid. Masa zaman muda pun tak pernah sakit macam ni. Mak boleh menangis kesakitan...kalau duduk nak bangun sakit, kalau berdiri lama nak cuba duduk sakit. Mak terpaksa ambil MC minima 2 hari sebab tidak boleh bergerak. Kalau bergerak sakitnya bukan main. Mak rasa lebih sakit dari nak melahirkan anak2 mak. Mak tidaklah risau sangat pada mulanya tetapi selepas bercakap dengan kawan mak. Kawan mak ni pernah menjalani pembuangan rahim kerana dia ada fibroid. Dia tidak pernah berkahwin tetapi doktor pakar yang merawat kawan mak berpesan supaya kalau ada kawan2 yang sakit ketika datang haid diwaktu usia sudah berumur eloklah berjumpa doktor pakar takut fibroid dan yang paling mak takut ialah B****. Mak memang nak jumpa doktor kat hospital tetapi terlupa setiap kali sibuk dengan kerja tapi sekali ini mak mesti pergi.Lagi pun dekat klinik Rakyat boleh buat ujian pap smear. Insyaallah mak akan pergi. Lebih baik tahu apa punca penyakit mak ini daripada biarkan begitu . Mak harap tiada apa-apa dan apa jua keputusaan ujian pap smear mak redha kerana semuanya itu datang daripada ALLAH.

Kerana sakit ini mak tergendala menyiapkan soalan2 peperiksaan Supplementary , tidak dapat pergi ke Klang menjemput Liyana kerana Yana dah tamat mengambil SPM, tidak dapat balik awal dan bercuti di Temerloh. Ayah pula sakit gaut....seperti biasa gaut ayah tidak pernah baik sepenuhnya. Mujurlah ada along kat KL, along setuju nak pergi ambil Yana dan hantar Yana ke Temerloh dan dari Temerloh, ayah jemput balik ke Dungun. Tapi kasihan juga kat Along sebab Along akan balik semula ke KL sebab along cuti sehari saja.

Mak ayah hanya merancang tetapi ALLAH yang menentukannnya. Inilah salah satu sebab kenapa mak nak balik duduk Temerloh...sebab nak balik ke Dungun dari KL jauh sangat. Nanti kalau Yana sambung belajar kat KL . Kasihan kat ayah, mak bukannya berani memandu dari KL - Dungun. Mak hanya temankan ayah memandu, berceloteh dengan ayah je lah. Silap ayah juga tidak pernah nak beri mak bawa kereta melainkan dalam kawasan Dungun je. Mak kena belajar berdikari tetapi selagi ada ayah di sisi mak......ayah tidak mungkin membenarkannya. Takpe lah selagi ada ayah biarlah ayah manjakan mak. Kalau tiada nanti, mak ada tiga hero yang boleh menjadi pengganti ayah.

Ratu Hatiku dan Pujaan ku- Hajjah Halimah Yusoh


MAK

CINTA MAK .............MASIHKU DAMBAKAN
KASIH MAK...................MASIHKU RINDUKAN
BELAIAN MAK...................MASIHKU PERLUKAN
CIUMAN MAK.................MASIHKU INGINKAN

Mak…aka tok buat anak anak ku .Inilah ratu dalam hati mak dan mak percaya juga ratu dalam hati makngah dan makndak. Sudah lama mak ingin rakamkan apa yang mak pendamkan selama ini. Mak ingin ceritakan sedikit perjalanan hidup mak bersama tok sejak dari kecil sehinggalah sudah berusia setengah abad ini. Kalau nak diceritakan semuanya mak rasa lebih hebat dari cerita legenda Arab 1001 malam. Tanpa tok di sisi mak, mak tidak akan sampai ke tahap ini. Begitu banyak pengorbanan tok buat untuk mak dan mak tak mampu membalasnya . Mak hanya berharap apa yang mak telah lakukan selama ini telah membahagiakan tok dan berharap akan terus membahagiakanya selama di izinkan ALLAH. Semuga ALLAH panjangkan umur tok agar mak dapat terus berbakti kepadanya.

Mak masih ingat samar2 waktu itu mak darjah tiga…betul dok Ngah de dah ingat2 lupa….. mak agak bingung apa yang terjadi antara tok ngan tok abah kerana mak terlalu kecil untuk memahaminya. Mak dalam darjah tiga dan bersekolah petang. Selalunya tok akan siapkan bekal untuk pergi sekolah Mudah je bekalan mak ke sekolah…nasi dengan telur dadar atau telor goreng mata lembu cair2 dan bubuh kicap + bawang besar goreng. Tiap-tiap hari pun tak apa , tapi satu hari mak dah siap mandi nak pergi ke sekolah (.ngah dan long sekolah pagi) …. macam berasa ada sesuatu tak kena yang berlaku antara tok ngan tok abah. Mak ketakutan…lalu berlari ke rumah arwah aki Baharum…memohon pertolongan dan mak nampak arwah aki Baharum membawa tok ke rumah mereka…masih tak faham apa yang berlaku. Abah …mak nak kemana…….abah diam je……..( hairan juga mak kenapa tok abah tak pergi mengajar hari itu …abah seorang guru sekolah rendah. ) De nak gi sekolah nak bawa bekal apa bah….mak tak masak pun. Kalau tak bawa bekal tak boleh simpan duit utuk beli buku cerita/komik . Duit belanja hanya 15 sen je, kalau beli mi kari harganya 10 sen , hanya boleh simpan 5 sen. Buku cerita secondhand harga 60 sen jawabnya 2 minggu simpan baru boleh beli satu buku cerita bila van jual buku datang kat sekolah. Singkatnya firkiran mak , mak hanya fikir nak beli buku cerita sedangkan tok sedang menghadap satu masaalah besar. Mak nekad masak nasi sendiri je … bukan guna periuk nasi elektrik tapi masak nasi atas dapur minyak tanah dan goreng telur dadar. Selama ini memang selalu memerhatikan tok memasak kat dapur jadi itulah percubaan pertama mak memasak sebab nak simpan duit dan beli buku cerita. Dan sepanjang tahun itu mak perhatikan dan cuba memahami dugaan besar dan berat yang tok hadapi tapi mak tak tahu nak buat apa-apa untuk tok cuma cuba mendiam dan mengecilkan diri sekecil mungkin agar mak tidak membebankan tok.

Mak rasa mulai dari saat itulah mak mula menulis meluahkan perasaan mak diatas kertas atau melukis apa yang mak rasakan pada hari itu. Dan sampai hari ini mak masih ingat baris ayat yang mak tulis dalam buku daily news mak pada hari tersebut. ( masa mak sekolah dulu wajib tulis apa yang berlaku pada diri kita setiap hari ) “Today is Monday. It is a sunny day. I saw two blackbirds fighting in my house. I feel sad today.” Mak lukis dua ekor burung warna hitam yang bergaduh dengan matahari warna kuning yang besar dan muka orang ada air mata titik titik titik. Warna hitam menggambarkan perasaan mak yang bercelaru dan dua ekor burung itu ialah tok dan tok abah dan mak buat warna hitam sebab marahkan keadaan kerana tak pernah tengok tok abah buat begitu terhadap tok. Matahari besar warna kuning sebab mak rindukan saat tok abah amat menyayangi tok dan muka menangis…hati mak yang menangis. Mak ceritakan maksud gambar itu kepada seorang guru Mr Teoh yang amat ambil berat akan diri mak dan merasakan lukisan mak hari itu cukup berlainan dari biasa sebab mak suka melukis dan lukisan mak mesti warna warni dan ceria dan selalu cikgu tampal kat dinding. Akak tentu masih ingat De melukis sebenarnya itulah escapism De masa itu..,,,lari kedunia lukisan yang De sendiri boleh corakkan sesuka hati De.

Darjah enam peristiwa menyedihkan berulang balik. Tapi kali ini mak dah balik duduk di kampung Lebak. Tok telah “melari dan menyembunyikan” diri di rumah embong Zizah. Ngah dan Long di Tingkatan Tiga dan akak belum sekolah lagi, jadi mak bawa sekali akak. De masih ingat setiap pagi tok akan menahan bas ayah aji Dollah dan menahannya apabila sampai kat rumah embong Zizah dan memberi bekalan sekurang2nya karipap sebab itu agaknya mak cukup suka karipap inti ubi kentang. Tok berpesan belajar rajin2 ya nanti mak balik. Melihat mata tok yang sayu setiap kali bertemu, mulai saat itu mak berazam akan belajar setinggi mungkin. Bila dikenangkan balik mak tidak boleh bayangkan perasaan tok menumpang di rumah orang tanpa anak2 disisi dan memikirkan fasal makan minum anak2. Di mana tok dapat duit pun mak tak tahu…mungkin tok buat kuih2 untuk jualan pun mak tak tahu sehingga sekarang dan tak mahu tanya tok sebab tidak mahu tok ingat lagi kisah2 sedih. Pada tahun tersebut sampai sekarang mak cukup marah dengan Cikgu Rohani Basri guru Bahasa Inggeris Tahun Enam Biru (1970) Sekolah Kebangsaan Inggeris Jalan Bahagia Temerloh yang menceritakan masaalah mak di depan kawan2 mak dan memperkecil2kan mak kerana mak tidak menyiapkan kerja sekolah. Bukan mak tak mahu buat tapi fikiran mak bercelaru masa itu. Cikgu Rohani memang tiada hati perut dan sombong maklumlah guru lepasan Kirby College England dan berkahwin dengan peguam lulusan England juga bernama Encik Bahari kalau tak silap mak.

Ngah …..kakak mak ….diwaktu itu……..…mak tidak mampu menceritakannya. Biarlah ngah yang menceritakannya . Mak cuma mampu memerhatikan ngah sahaja …tidak dapat berbuat apa dan tidak faham kenapa ngah diperlakukan begitu oleh abah sebab abah penyayang , lembut orangnya dan hanya tokabah lah orang yang mak jumpa tidak pandai marah pun. Ngah sesungguhnya sangat cekal dan tabah. Mak ni jenis lembik sikit dan cepat mengalir air mata sampai rakan2 PERASA memberi gelaran ratu air mata. Air mata mak mudah je tumpah apabila berkongsi masalah kehidupan dengan mereka.

Di akhir tahun 1970 , tok abah sudah baik dan waktu banjir besar Januari 1971 ……mak berkeras mahu mengikut tok dan tok abah berjalan kaki dan naik bot ke bandar Temerloh membeli stok makanan dan mak lah orang paling gembira waktu itu kerana melihat tok dan tok abah macam dulu2. Abah kan suka bergurau dengan mak…ingat tak ngah dan akak.

Mac 1976, keputusan SPM diumumkan dan mak antara pelajar Melayu cemerlang di sekolah mak pada masa itu. Tapi waktu itu mana ada pelajar Melayu dapat 10A dsbnya. Bila mak fikirkan semula saat mak mengambil keputusan SPM ..lurus betul le mak. Mak beritahu tok dan tok abah nak ambil result SPM..tok kata pergilah dan balik terus lepas tu. Mak pergi sekolah dan begitu ramai junior mak mengucapkan tahniah, mak hairan juga …mak belum tahu lagi keputusan masa itu. Bila dah tengok baru mak tahu ,mak dapat gred 1. Di seluruh bandar Temerloh dua orang sahaja pelajar Melayu dapat gred 1 , mak dan kawan mak Atikah .Mak punyalah bodoh…dapat keputusan diam aje dan terus pergi kat stesen bas nak balik rumah..takde nak enjoy celebrate ngan kawan2. masa itu tak ada istilah celebrate, tak pandai pun nak celebrate. KFC , Pizza Hut, Mc Donald pun tiada. Jadi balik rumah dan terus ke sekolah Lebak beritahu abah keputusan mak..masa tu tokabah sednag mengajar. Dan lepas itu tidur sebab malamnya tak berapa tidur kerana risau dapat gred berapa. Bila diingat balik sama macam angah. Ingat tak mak hantar angah kat sekolah nak ambil result PMR, masa itu hujan renyai2 mak duduk dalam kereta dan angah pergi bilik gurubesar nak ambil tanskrip. Angah masuk dalam kereta senyap2 je …mak ni berdebar2…..dapat 4a pun mak dah suka hati. Angah tunjuk slip….8A..alhamdulillah. Angah nak gi mana2..tak, angah nak balik…dan kemudian mak tengok angah tertidur depan TV….ngantuk agaknya malam semalam tidak tidur.

Tapi masa nasib mak agak malang, mak tak marah pada siapa- siapa pun. Mak memohon untuk membuat diploma di ITM, UPM dan UTM tetapi jawapannya semuanya gagal sedangkan kawan mak yang dapat pangkat 2 pun boleh masuk . Mak memohon memasuki maktab perguruaan, kursus jururawat, kursus jurupulih pun tidak diterima. Mak dapat tawaran tingkatan enam di Kuantan tapi kawan-kawan sekelas mak semunya pergi ke Raub. Mak ditawarkan tingkatan enam kelas Fizik…dan mak tidak suka Fizik sebab tidak pernah faham pun dan baca pun buat pening kepala. Mak nak masuk kelas Biologi sebab mak suka Biologi dan Kimia..tapi masa zaman mak susah nak tukar aliran. Mak cuba bertahan tapi tidak boleh. Ada banyak faktor yang menyebabkan mak berhenti. Faktor pertama kelas terlalu ramai..ada dalam 55 orang satu kelas, Kedua tidak dapat asrama. Dan ketiga terpaksa duduk rumah arwah Mak Chik Mi ..mak tak selesa sungguh sebab tiada ruang untuk mak membaca . Mak pun nekad berhenti Tingkatan enam. Tidak tahu waktu itu bagaimana perasaan tok dan tokabah. Tapi tok dan tokabah tenang sahaja. Takpe lah abah…nanti De minta masuk ITM bulan Januari 1977 pula.. mak memujuk tokabah.

Bulan Oktober-November 1976, mak mendapat tawaran bekerja sebagai guru sementara di sekolah rendah mak sebagai guru ganti mengajar Matematik dan Bahasa Inggeris. Mak masih ingat dalam kelas tersebut ada Nona ( anak embong Rahamah dan Mamat anak arwah ayah wa Arshad ) seronok juga mengajar budak-budak sekolah rendah..macam mengajar adik-adik sendiri. Kelas ni sungguh nakal maklum sajalah kelas bawah2 ni tapi pelajarnya cukup kreatif dan baik hati. Dan mak dapat gaji sebanyak RM245 untuk sebulan mengajar. Sukanya bukan main …maklumlah RM5 pun tak pernah pegang. Mak beri dekat tok…tapi tok kata belilah kain dan buat baju untuk pergi belajar kat ITM nanti..mak dah dapat tawaran masuk ke ITM untuk January 1977. Mak beli 5 pasang kain dan buat baju 5 pasang fesyen yang sama. Dan baju2 tersebutlah pakai selama 3 tahun mak belajar di ITM. Mak tidak pernah kisah apa orang kata tentang cara mak pakai.Sampai sekarang pun mak macam itu……….,bila mak selesa dengan fesyen sebgitu malas mak nak berfesyen sebab fungsi baju hanyalah menutup aurat. Sekarang mak selesa dengan berjubah (sejak balik umrah 2001) jadi mak pun tempah baju fesyen sama hanya corak kainnya berbeza dan lagi pun ayah tak kisah mak pakai baju apa. Mak simple orangnya ..dan begitu juga ayah. Mak tidak selesa pakai baju glamor2, bertudung glamor2 lagi lah tak suka.

Semasa mak masuk ITM Shah Alam tahun 1977 , setiap kali balik rumah dan pergi semula ke ITM Shah Alam mesti tok bekalkan sambal tumis ikan bilis. Mak suka makan sambal tumis ikan bilis bubuh dalam mi maggi kari atau makan dengan roti.( Lebihan roti tak habis di dewan makan ..makcik tukang hidang beri kat mak dan kawan2 mak sebab kami minta buat makan malam2 sebelum tidur kalau perut lapar. Nak beli makanan kat luar tiada duit lebih) Mak dengan kawan-kawan mak memang penunjung setia kantin dewan makan Asrama Kenanga. Mak hanya diberi oleh tokabah RM30 sebulan …kalau balik Temerloh bulan tu, jawabnya tinggal RM20 je untuk buat belanja. Itu pun dah 5% dari gaji tok abah, sedangkan masih ada ayah long, ayah tam, makndak sedang bersekolah dan chik kat rumah. Anak-anak abah sekolah Inggeris semuanya masa itu dan yuran pun boleh tahan setiap bulan.Tak silap mak dekat RM10 sebulan x 5 = RM50. 30% dari gaji tokabah.

Kenangan yang tidak dapat mak lupakan di ITM ialah sebuah beg kain kanvas ada epal merah besar dan sebuah radio ketika di tahun akhir pemberian makngah....kakak yang banyak berjasa pada mak. Perwatakan makngah mirip tok dan lately ni mak rasa suara pun seakan suara tok. De ingin menulis satu entry untuk ngah - ratu kedua dalam hidup mak. Sudah ada dalam fail cuma ingin memastikan ayat disusun indah kerana makngah begitu istimewa buat mak dan hidup mak. Terima kasih ngah kerana menjadi kakak yang begitu baik buat De. Mudahan kita bertiga : ngah, de dan akak dan pasangan masing2 akan panjang umur serta sihat dan bersama-sama meniti hari tua dihiburkan oleh kerenah anak2 , menantu2 dan kenakalaan cucu2 dan kita kenduri tiap2 hari pun tak apa. Makde sanggup jadi tukang masak dengan syarat ramai pembantu tukang masaklah.

Baju-baju pakaian harian dan baju sekolah tok yang jahit. Mak bangga pakai baju yang dijahit oleh tok. Bila mak dalam tingkatan 1 atau 2 , mak bantu tok jahit sebab mak dah pandai jahit dah. Masa mak masuk ITM mak dah jahit sendiri baju tidur. Mak masih ingat tok beli kain reja dua pasang…warna merah dan coklat berbunga-bunga ( kain reja ialah kain yang sudah tinggal sedikit ..tak sampai 3 meter dan nak dijual tak cukup untuk buat baju kurung orang dewasa pun, jadi dijual dengan harga murah ) Dan mak pakai baju2 tersebut dari masuk ITM 1977 hinggalah mak bekerja di Kuantan tahun 1980. Baju tersebut terpaksa mak gunting bulu2nya selalu kerana kain murah lah katakan ….cepat berbulu bila dibasuh banyak kali.

Tiap-tiap hari mesti ada sahaja yang tok masakkan untuk buat bekalan pagi ke sekolah. Masa mak di tingkatan lima ( masa itu duit belanja mak dah naik 40 sen, kalau balik petang sebab mak pustakawan tok beri 50 sen. ) ada kawan mak namanya Ismat suka sangat buka beg sekolah mak cari bekalan mak dan pastinya akan dibuka dan dimakan sedikit olehnya. Dia cemburu sebab mak selalu bawa bekal nasi lemak, mee goreng, roti canai dan sebagainya. Dia bawa duit saja RM 2 ...masa itu dua ringgit itu banyak. Mak marahkat dia sebab makan bekalan mak lalu mak cakap nak makan bekalan mak .........bayar la. Dia beri mak RM1 ..dan diambilnya bekalan nasi lemak mak hari itu. Mak ingat dia takkan nak bayar pula. Esok harinya setiap kali mak bawa bekalan mak cakap kat tok nak bawa lebih satu sebab kawan nak beli. Jadi setiap hari dia beri mak RM 1 melainkan hari mak bawa kuih jemput2 je, mak suruh dia bayar 50 sen. Mulai hari itu mak sudah boleh simpan duit lebih dan mak suka sangat sebab boleh beli buku cerita banyak2. Bestkan akak kita bawa bekal tiap2 hari. Itulah istimewanya tok ..tidak pernah mengabaikan makanminum mak ketika mak sedang bersekolah. Balik sekolah sudah terhidang laukpauk dan nasi walaupun tidak semesti lauknya mewah2. Mak paling tak suka tok masak lemak ikan bilis + bawang besar + belimbing buluh tetapi tak pernah merungut .........perut lapar makan sajalah. Dan mak paling suka tok masak kuah durian, goreng kangkung , sambal belacan dan ikan kering. Dan satu lagi ialah masak lemak pedas kulat sisir dan masak daun2 bubuh tempoyak. Makngah tak suka kuah durian dan tempoyak ...pelik kan . Balik Temerloh nanti nak suruh tok masak tempoyak ikan patin. Ayah cukup suka tok masak ikan patin tempoyak.............malah mak rasa ayah hanya makan yang tok masak je. Along, angah, yana, apik dan nana pun suka tok masak tempoyak ikan patin. Kena menurun ilmu dengan tok...........supaya kaum kerabat Bahaman akan tetap dapat makan gulai tempoyak ikan patin seperti tok masak. Dan mak rasa along lah yang banyak mewarisi apa yang mak gemar makan, angah, apik dan nana kurang sikit makan masak lemak. Yana pun tidak berapa suka.

Mak tamat belajar di ITM disember 1979 dan mula bekerja Januari 1980 sebagai Pegawai Kerja Akaun di Perbandanan Memajukan Negeri Pahang dan mendapat gaji M645 sebulan. Tahun tersebut juga makndak berada di Tingkatan 5 di MSRM Kuantan dan mak mengambil alih tanggungjawab tok tokabah. Seronok dapat beri duit belanja kat adik=makndak dan juga belikan buku2 rujukan serta kadangkala makanan. De harap de menjalankanya dengan sempurna akak sebab maklumlah De bekerja dan mungkin kadangkala lupa tanggungjawab sebagai kakak. Cukup bahagia dapat beri duit kat tok setiap bulan dan belanja adik2 – akak, Hanif dan chik dan juga Long masa raya 1980. October 1980 mendapat tahu dapat tawaran pinjaman belajar ke US. Kalau sudah rezeki nakpergi luar negara dapat juga sebab mak memohon nak pergi UK ambil ACCA tapi tak dapat. Takapa lah tak dapat pergi UK, mak nak sambung belajar dalam negara je tapi nak kumpul duit dulu supaya tidak menyusahkan tok dan tok abah bila nak masuk sementara nak memohon biasiswa. Beritahu tok tokabah tawaran belajar ke US. Jangan bimbang De dah ada kumpul duit untuk persiapan nak pergi, mak memberithu tok dan tokabah ..takut kalau tok tokabah tak beri sebab masaalah kewangan. Tok sentiasa tenang dalam apa jua keadaan sekali pun. Tok tidak pernah mempamirkan kebimbangan kesusahan di depan anak anak.

Disember 1980..mak berlepas ke Kalamazoo USA. Hidup di luar negara ni sebenarnya indah khabar dari rupa. Memang seronok belajar diluar negara..membuka minda mengajar mak berdikari tetapi kesunyian ketika berada disana hanya ALLAH sahaja yang tahu. Terutama mak..jurusan perakaunan yang mak ambil , tidak ramai pelajar Melayu yang berani ambil jurusan ini mak pun tak tahu kenapa. Dalam kelas kadang-kadang mak seorang aje pelajar Malaysia. Tiada teman untuk berbual dan berbincang..ikut hati nak balik Malaysia. Tapi apabila mengenangkan tok dan tokabah, mak tabahkan juga pergi ke kelas, Berjanji pada diri sendiri akan tamatkan juga pengajian mak dalam tempoh yang ditetapkan. Dan diwaktu datang kesunyian dan kebuntuan, ayahlah teman setia mak. Penghibur dan pendorong mak agar mak tamatkan pengajian mak.

Tersentuh hati mak satu hari menerima kiriman wang tak silap mak US200 dari tok. Tok dapat duit hasil jualan kerbau bahagian tok dengan arwah Ayah Tam Abu Bakar, lebih kurang RM600. Banyak duit tu, tok dan adik2 lagi memerlukannya. Itulah tok….berkorban tanpa di minta . Mendahulukan anak2 dari kepentingan sendiri. Tak tergamak rasanya mak nak mmbelanjakan duit teresebut waktu itu..tetapi disebabkan biasiswa MARA selalu lambat mak bersyukur dengan kiriman tok, tak payahlah mak ikat perut macam dulu seperti mak ceritakan ..hanya tinggal USD20 untuk 3 minggu.

Tahun 1983, mak berkahwin dengan ayah dan menyambung kembali belajar ke peringkat sarjana. Mungkin tok susah hati juga sebab masa itu ayah mak belum mempunyai pekerjaan tapi demi kebaikan mak disana mak memohon juga untuk berkahwin dan akan menamatkan sarjanan mak secepat mungkin.

Julai 1985 , mak bergelar ibu dan barulah faham kenapa tok berkorban sebegitu rupa dan barulah betul-betul menghargai tok sebagai mak kerana saat-saat melahirkan Along, Angah, Yana, Apik dan Nana hanya ALLAH sahaja yang tahu sakitnya waktu itu dan juga dugaan2 membesarkan ke lima-lima buah hatiku membuat mak melihat tok dari sudut lain. Along bertuah kerana tok bersama menjaga masa berumur 40 hari. Angah pun begitu, tok menemani mak di Hospital Dungun dan Yana, Apik dan Nana tok tetap datang dan bermalam di rumah untuk menjaga dan memandikan cucu cucunya. Terima kasih mak kerana menjaga anak2 De masa kecil dan juga apabila mereka balik ke Temerloh le ni. Betapa besarnya pengorbanan tok terhadap mak…dan betapa kerdilnya mak berbanding tok. Penderitaan dan kesusahan tok membesarkan mak, ayahlong, makngah, makndak, ayahtam dan arwah chik begitu berat tetapi mak tidak pernah nampak tok mengeluh atau marah pada takdir atau sesiapa pun. Segala susah senang tok tetap setia bersama tokabah hingga ke akhir hayat tokabah. Tok memang sabar, tabah dan tawaduk orangnya. Kalau di izinkan ALLAh ingin mak tunaikan segala permintaan tok jikalau tok ada apa permintaan..tapi mak kenal tok, dia tidak akan meminta apa-apa kalau ditanya pun. Mak cukup gembira apabila dapat membawa tok pergi umrah bersama dengan ayah pada tahun 2001. Bersama di Raudah Masjid Nabawi, tawaf dan saie di Masjidil Haram. Kalau boleh ingin rasanya mak pergi sekali lagi ke Madinah dan Makkah bersama dengan Tok, ayahlong dan kedua2 mak long, makngah dan ayahngah, makndak ayahndak dan ayahtam maktam…tentu tok lah orang paling gembira. Jikalau ada rezeki dan di izinkanNYA insyaallah semua ini boleh berlaku.

YA ALLAH

Panjangkanlah umur ibu ku
Berilah dia kesihatan fizikal dan minda
Rahmatilah ibu ku dunia dan akhirat
Kurniakanlah ibuku kebahagiaan dunia dan akhirat

4 Disember 2007

Thursday, November 29, 2007

3 Hari Ku Berkursus

26 Nov 2007 Isnin

Hari ini mak akan menghadiri Bengkel Perisian Penerbitan dari 26Nov - 28 Nov di Makmal 14A. Mak memang suka belajar apa jua software sebab ianya mencabar - ada saja benda baru yang kita akan jumpa kalau kita rajin explore melalui trial and error. Lagi pun bengkel ini free - mak hadir sebagai kakitangan UiTM. Mak beli buku sahaja nak belajar blogging dan You Tube habis dekat RM150. Dahlah free,,,,,,,,,,,,ada makanan pagi, tengahari dan minuman petang lagi. Mak duduk depan sekali sebab mak selalu pesankan anak2 mak supaya duduk depan bila belajar jadi mak pun mesti duduk depanlah. Mak duduk dengan pensyarah Bahasa Mandarin - Puan Yee.
Pada sebelah pagi mak belajar Macromedia Freehand - belajar buat grafik yang boleh digunakan dalam sortware lain seperti Adobe Photoshop. Pada peringkat permulaan terkial-kial juga sebab jurulatih tidak ulang balik apa yang ditunjukajar. Banyak kesilapan yang mak buat tetapi mak percaya kita sebenarnya belajar dari setiap kesilapan yang kita lakukan, Mak buat lagi berkali-kali sehinggalah pada sesi petang mak dah sama setara lajunya dengan jurulatih.
Sebelahnya petangnya mak belajar Adobe Photoshop, bagaimana nak insert gambar/ nak join dan transform gambar. Bengkel sebelah petang tamat pukul 5.
Pukul 6.00 ptg buka Yahoo Messenger .........harap-harap angah ada online..............boleh sembang-sembang sebab sudah berapa hari tak bertanya khabar. Angah beruntung belajar luar negara masa le ni.Boleh berbual-bual dengan mak hampir setiap hari taklah rindu sangat.Boleh belajar masak nasi ayam lagi. Masa mak belajar kat US dulu tahun 1981-1984 se ingat mak hanya dua kali dalam tempoh 3 1/2 tahun mak diluar negara.telefon tok. Dahlah rumah tok Temerloh tiada kemudahan telefon....terpaksa tumpang rumah Embong Zizah. Mak berhubung dangan tok hanya dengan menulis surat sekurang2nya seminggu sekali menggunakan mail udara. Mak memang rajin menulis surat kat tok dan arwah chik.......arwah chik dulu ada simpan semua surat2 dan poskad yang mak kirimkan tapi bila rumah tok terbakar semuanya habis hangus.
Angah ada...........sebab kat ikon angah berwarna merah tapi busy....takpa mak cuba call ajelah .....Ring.........Ring.........Ring..................helo mak.............assalammualaikum angah..........angah sihat ......sihat...........dah makan..........makan apa . Itulah yang mak selalu tanya buah hati keduaku ini kerana mak tahu kalau kat rumah macam2 ada kerana mak memang suka masak untuk anak2 dan angah pun suka makan tapi tak berapa pandai memasak. Makan malam belum mak..........tengahari tadi angah makan nasi ngan ikan gorengan tempura serta sayur2an sos mayo.............malam ni nak makan roti je. Sedih mak dengar angah makan roti je.........mak ayah makan mee bakso dan adik nana makan kuah dan bebola daging bakso dengan roti bakar kosong. Takpe lah angah itu semua adalah pengorbanan demi masa depan yang berjaya. Tabah, sabar, jangan tinggal solah serta banyak berdoa agar angah berjaya menempuh segala dugaan di Nagoya. Ayah mak pun disini tidak pernah lupa mendoakan angah disana. Pukul 6.30 petang mak berhenti YM dengan angah kerana ayah dah nak makan malam.
Sedang mak membantu adik Nana membuat latihan English Camp anjuran UiTMT tiba-tiba ikon msg tertera di telefon bimbit mak. Message dari siapa ya..Lah akak....Aslmkm. Akak ni.......Mak sms balik ........open imran YM now Ring.........Ring........Imranjondol calling..........mak berbual2 dengan makndak , banyakle juga ceritanya dari fasal mak gi KL, Ayah Long, makayah nak balik hari raya haji dan korban seekor lembu nanti, masaalah nanny makndak kerana makndak akan bekerja di Egypt. Mudahan dipermudahkan segala urusan buat makndak dan berjanji akan YM lagi dan jikalau ada kepeluan apa-apa send message kat YM

27 Nov 2007 Selasa

Hari kedua bengkel perisian penerbitan. Sambung belajar Adobe Photoshop. Sama macam software lain yang mak pernah gunakan ..cuma Adobe ni banyak lagi tools untuk edit gambar berbanding lain yang lebih simplified.
Tulisan BlipBlop dan logo dihasilkan menggunakan perisian Macromedia Flash di export ke Adobe Photoshop:Tepat 4.30 petang hasilnya berjaya menyiapkan Header untukdigunakan buat buletin kelas esok iaitu Adobe InDesign CS



28 Nov 2007 Rabu
Hari ini hari ketiga dan terakhir mak menghadiri kursus perisian komputer. Hari ini nak belajar Adobe InDesign CS...satu software publisher. Mak akan menggunakan fail-fail yang telah mak buat ketika menggunakan perisian Macromedia Flash, Adobe Phortoshop dan juga fail Word dan menjadi kan seolah penerbitsn suratkhabar saiz A4. seronok mak ........Prinsip mak mudah je kalau tidak tahu bertanya sehingga mak betul-betul faham. Tetapi sebenarnya tidak cukup satu hari je belajar adobe Indesign CS dalam satu hari. mak bercadang nak beli buku2 perisian tersebut bila pergi KL nanti...jawabnya habislah lagi duit mak beli buku2 Macromedia Flash, Adobe Photoshop dan Adobe InDesign for Dummies.....mak suka beli buku for Dummies ni kerana mudah memahami.

Waktu tengahari mak sempat melayari My World dan post comment. Ngah ..........kalaulah mengharungi lautan kehidupan ini semudah membaca buku dan lulus peperiksaan............Makde sanggup kembali ke zaman belajar. ( walau pun pernah hanya ada tak sampai USD20 selama hampir 3 minggu kerana biasiswa lambat dapat, nak minta ngan tok dan tokabah manalah tok dan tok abah ada duit, jawabnya makan nasi ngan sup2je...makde stretch ration ayam 1 1/2 ekor untuk tiga minggu. Mujurlah sayur dan beras kat US murah...jadi banyak sayur dari ayamnya.)......sanggup belajar giler2.....ambil jurusan medic pun makde sanggup walau terpaksa bersenkang mata pun tak apa.sebab penghujungnya kita pasti cemerlang dan akan dapat markah A. Tapi dalam melayari bahtera kehidupan tidak semudah itu Ngah.(Ngah ada My World , makde ada Catatan Bonda dan makndak ada Merrily ....Merrily life is but a dream......tunggu mak ngangah pula join the group he...he...he.... ) Terutama sekali dalam dunia perkahwinan.......waktu bercinta memang cukup indah sebab di waktu itu tiada ikatan tanggungjawab dan kita tidak tahu the true colors pasangan kita. sedangkan diri makde yang sudah hampir setengah abad ini pun kadangkala makde tidak pasti makde kenal diri sendiri. Bercinta dan berkahwin mudah saje tetapi nak mengekalkannya sehingga ke hari ini....sudah hampir 25 tahun... .........hanya ALLAH sahaja yang tahu.........andaikata suami agak tidak begitu perihatin dan peka dengan perasaan dan jiwa kita. Bukan dia tak sayang tetapi kadangkala cara didikan dia yang membuatkan dia bertindak sebegitu. Berendam air mata .........memendam perasaan .......itu biasa aje buat makde.......sebab dalam perkahwinan ini pada 15 tahun pertama ada tiga jenis gelombang .......lima tahun pertama ianya ibarat ombak yang begitu manja menyentuh menguis halus kaki ketika bermain dan berlari-lari anak di gigi air ..........lima tahun kedua ombak ini adakalanya nakal menerpa menerjah kita dan menyimbah air ke paras lutut ....akan basah kalau tidak cepat berlari ke pantai......lima tahun ketiga ......oh ....tidak sanggup rasanya makde melaluinya lagi......ibarat ombak bergelora di pantai timur Malaysia pada bulan disember.......mengganas menggiler ( pinjam perkataan favorite pidaus) ........ memukul pantai bertubi-tubi tanpa ada belas ikhsan...........andaikata dapat melayari nya tanpa tenggelam bersama ,......Nikmatnya....... ketenangan...... kebahagiaan ......kedamaian.......yang sukar nak dikatakan ..hanya orang yang pernah melaluinya dapat memahami apa yang makde maksudkan. Ya ALLAH hanya padaMU ku panjatkankan kesyukuran kerana memberi ku kesabaran dalam menghadapi dugaan MU selama ini. Dan juga dengan izin dan undanganNYA dan janjiNYA bagi orang yang sabar .......makde dihadiahkan olehNYA diatas kesabaran makde mengharungi dugaanNYA.......menyimpul kasih di Masjid Nabawi di kota Madinah dan di hadapan Baitullah di Kota Makkah pada tahun 2001( bersama ngan tok ), 2002 ( mengerjakan haji bersama dengan kakakku Ngah dan Kak Long ...isteri abg Longku), 2004 (bersama dengan mak ayahde ) dan 2007 ........... kami berdua saja dan tahun 2007 cukup istimewa .Kami berdua saja satu hotel.... makanan dihantar ke bilik .....kunci pintu hotel pula.... kami diamanahkan oleh tuan punya hotel memegang sendiri Macam pergi berbulan madu......... yang tidak pernah makde rasai dalam erti kata sebenar sebab selepas kahwin sambung belajar dan kongsi menyewa sebuah rumah dengan tiga lagi pelajar sarjana lelaki. Hotel yang makde menginap bukanlah taraf lima bintang ....tidak penting dan tidak perlu pun hotel lima bintang di kedua kota ini......dan hotel tersebut betul2 dekat dengan Bukit Marwah dekat sekali dengan Masjidil Haram........... Ngah .......makde tidak tahu nak menceritakan perasaan makde ketika disana apabila bersama2 dengan ayahde berdoa di Jabbal Rahmah, berdoa di Raudah, berdoa di Madinah, Arafah, Mina dan juga ketika tawaf di Baitullah. Rindunya makde pada kedua2 kota ini..doakan makde boleh berkunjung lagi kesana ya dan semuga perkahwinan makde ayah de kekal bahagia ke akhir hayat.

Kak long Siti, Kak long Nisa, Ngangah,Farhana, Dayah, Linda, Yana, Ayesha, Amalina,Jannah, Nana, Rifka dan Syakira :

BILA SUDAH MEMASUKI GERBANG PERKAHWINAN BANYAKLAH BERSABAR
DAN INGATLAH SAAT2 MANIS WAKTU DI ALAM PERCINTAAN DAN KEKALKAN SAAT2 TERSEBUT. Wish U all a successful marriage and a happy career dan to all the boys of Bahaman's clan - a successful career and a happy marriage.

Tepat 2.30 petang , bengkel bermula dan lesson terakhir ialah menukar contoh buletin dalam Adobe InDesign kepada PDF file............voila sudah siap dan berjaya lulus dengan cemerlang bengkel perisian penerbitan.
Inilah hasilnya.

Terima kasih En Asri dan Encik Rani aka Ateng, Pn Norlela dan Unit ILQam kerana memberi peluang mak menghadirinya walaupun mak bukan AJK mana mana buletin dalaman UiTMT



Sunday, November 25, 2007

22hb November 2007 Khamis


Selepas sembahyang subuh, mak terus ke dapur kerana masak French Toast/ roti telur untuk along sebab tahu along cukup suka makan roti telur. Lepas tu tengok dalam peti ada nasi sejuk dalam tupperware....buat nasi gorenglah juga. Nak goreng ngan apa ya.....teringat ada sardin yang mak beli semalam. Mak pun buat cili kering blend ngan bawang besar/putih. Mujur kat Palladium - apartment adik ku yang sekarang berada di Alexandria , Egypt ada blender sebab mak tak suka masak pakai cili boh...dah terbiasa dari kecil tok masak guna cili kering blend sendiri. ( Masa mak kecil tok Temerloh guna batu giling tau....nak buat lada, kari dsbnya. Mak pernah cakap ngan tok ..........kalau macam nilah caranya De tak mahu makan kari bila besar nanti sebab mak tak pandai guna batu giling. Mak nak makan masak lemak aje ....itulah salah satu sebab kenapa mak suka masak lemak. Sebab takut tok suruh tolong giling.....mak tak pandai nak guna. Sekarang dah ada blender dan rempah kari segera mudah aje nak masak......betulkan Angah) Jadi, mak pun buat juga nasi goreng sardin.......puas hati dan seronok tengok along makan. Semua anak2ku bab makan mengikut suamiku..........berselera makan walau pun demam.....sebab tulah mak kena pandai masak. Nampaknya bakal menantu perempuan mak mesti pandai masaklah nampaknya...........kalau tidak susah nanti.

Tepat pukul 9.00 pagi along hantar mak kat Stesen Komuter Putra........mak nak naik komuter je pergi ke Klang.( Serik dah jam semalam) Mak pun membeli tiket ke Shah Alam kerana mak nak beli sedikit makanan sebagai buahtangan kat Yana. Nak beli kat Klang ....mak tak tahu ...lagi pun mak takut nak jalan2 kat bandar Klang...ramai sangat kaum kerabat Sami Velu. Sampai Shah Alam mak pergi ke Shah Alam Central depan Hotel Quality kerana nak beli Dunkin Donuts......mak suka Dunkin Donut ni sejak mak belajar kat US dulu. Mak beli 1/2 dozen untuk Yana dan 1 dozen untuk dibawa balik ke Dungun. Lepas itu mak beli buah anggur, epal dan laici untuk Yana, Along dan Mak. Berat juga mak membimbitnya 4 beg plastik. Mak pun turun bukit dan jalan kaki ke SAAC. Mak nak pergi kat Secret Recipe nak beli mkanan untuk Yana...tapi masih awal masa itu...baru pukul 10.30, jadi mak pun naik atas dan pergi kat kedai buku MPH ..............mak beli dua buah buku:1. Blogging for Dummies dan You Tube for Dummies sebab sekarang mak tengah seronok berblog he......he.......hangus duit mak RM150. Takpe le mak memang suka baca buku. Lepas itu mak pergi kedai memory lane.............belikan adik Nana beg kecil untuk telefon bimbit dia dan beg sandang untuk Yana sebab selama ini asyik nampak Yana pinjam kawan punya. Hmmmmm....baru pukul 11.30 awal lagi nak gi beli makanan kat Secret Recipe.....mak pun baca surat khabar News Straits Times sambil memerhati berapa orang kanakkanak bermain roller blade. Teringat zaman along dan pidaus main roller blade........kemana agaknya pergi kasut roda tersebut.

Pukul 12.30 perut mak sudah terasa lapar...turun elevator ........sekarang dah ada 5 beg plastik untuk dibimbit...aduh beratnya, sampai kat Secret Recipe mak pun order Laksa Tom Yam Kung( Udang Besar) dan iced lemon tea dan order takeaway spaghetti meatballs dan brownies untuk Yana. Bukannya sombong nak makan kat Secret Recipe tapi mak tak selesa makan seorang2 kat gerai biasa dan takut Yana kena keracunan makan lagi . Biarlah mahal asal tiada orang tengok mak lain macam je dan guarantee makan tak sakit perut.

Pukul 1.1o tgh naik komuter dari Shah Alam - Klang sebab yang sama takut jam sebab dulu dah kena sekali nak pergi tengok Yana dari Shah Alam hampir 2 jam jam padahal dekat je Shah Alam - Klang. Samapi dalam pukul 2.00 kat sekolah Yana disambut oleh seorang pelajar aliran sastera kerana pelajar aliran sains ada periksa Kimia pada hari ini dan mak dibawa ke surau kerana mak nak tumpang sembahyang zohor-asar sekali. Selesai sembahyang sempatlah berehat kerana Yana habis periksa pukul 3.30 ptg. Tiba....tiba Yana sudah terjongol kat mak....mana Yana tahu mak ada kat surau........cikgu pengawas periksa beritahu yana....dia kata kat mak muka Yana sama ngan mak.

Mak temankan Yana makan dan minum .......lepas itu berbual-bual. Semasa menemankan Yana waktu asar masuk dan 2-3 pelajar perempuan dengan bertelekung nak pergi sembahyang kat surau boleh terlompat2 membaling bola keranjang...bayangkan dengan kain telekung..........lucu sungguh . Kalau dah masih budak-budak katakan, dengan bertelekung pun boleh melompat-lompat Pukul 6.00 ptg.......mak kena balik dah Yana ........nanti terlepas komuter pukul 7.00 mlm lambat pula nak sampai kat Hentian Putra...nanti terlepas pula bas ke Dungun.

Yana menghantar mak ke pintu utama sekolah KISAS dan mak terpaksa menunggu teksi kat luar kerana semua teksi yang mak telefon tidak dapat datang kerana berada diluar Klang. Ya ALLAH permudahkanlah aku mendapat teksi...mak berdoa dalam hati. Jam menunjukkan pukul 6.25 ptg...........tiba-tiba ................ada sebuah teksi dipandu oleh kerabat Sami Vellu berhenti.........mak naik juga walau pun takut juga. Naik komuter Klang - Hentian Putra pukul 6.35 dan sampai di Hentian Putra pukul 7.40mlm.

Pukul 8.45 mlm along datang bawa beg mak...ketika itu mak sedang makan sup perut dicampur dengan sedikit nasi dan minum air laici. Pukul 9.45 Bas Utama CBH2233 ke Dungun pun sampai dan mak pun naik bas selepas bersalaman dengan along. Bas pula buat hal..........tak boleh hidup engin pula....terpaksa turun dan ditolak oleh penumpang lelaki tapi tak juga hidup. Mujur rosak kat hentian Putra...kalau sudah dalam perjalanan lagilah susah. Bas baru datang dan terpaksa berpindah bas. Alhamdulillah tiada kerenah..........pemandu bas sampai tak berhenti minum pun........agaknya takut bas mati lagi......hanya berhenti untuk hajat besar /kecil je. Pukul 4.00 pagi dah sampai Dungun............mak miscalled kat ayah sampai 8 kali.....dan juga adik Nana dari politeknik Dungun ke stesen bas Dungun...ayah tak sedar................mak terpaksa telefon rumah dan suruh Sunti ketuk pintu bilik mak.....baru ayah sedar dan ambil mak kat stesen bas.


Mak tanpa banyak bicara, terus gosok gigi ...........nak tidur atas tilam............... lurus2kan badan.................letih dan kepenaaaaaaaaaaatan



Saturday, November 24, 2007

20th November 2007 Selasa

Yana ni dah baik ke tidak demam ni, kenapa tak telefon malam 18hb Nov sebagaimana Yana janji...........mak merungut dengan ayah. Ayah seperti biasa cool aje...baik dah tu sebab tu tak telefon..........lagi pun susah nak telefon......maklum je lah kat KISAS tu tak banyak telefon awam dan kena beratur nak telefon. Mak susah hati dan mula membebel kat ayah kerana tak benarkan mak nak pergi tengok Yana. Bukan tak tahu ayah....tak berapa suka mak tinggalkan dia lama-lama. Mak nak pergi juga sebab susah hati nanti darah tinggi mak pula naik. Mak buat keputusan nak pergi juga lalu mak buka website MARA Liner dan beli tiket online ke KL tempat duduk 1B bas pukul 10.00 malam. ( Canggih zaman le ni beli tiket bas pakai online je ). Dah beli tiket ...baru boleh pergi pejabat. Sedang buat kerja kat bilik pejabat mak.........tiba-tiba telefon bimbit mak berbunyi..........Da kita gi Kuala Terengganu sekarang ya sebab abang Halim ( ayah de suami Chel De...kakak ayah) kena stroke.

Ayahmak bergegas ke Kuala Terengganu .....gi melawat ayah de.......teruk juga nampaknya. Tangan sebelah kiri tidak berapa boleh nak bergerak.....yang chek de pula asyik membebel tak tahu apa ceritanya.....kesian tengok ayah de. (Satu soalan buat Dr Sarah dan Dr Nisa...kenapa ya kalau kena stroke mesti sebelah kiri...kenapa tidak sebelah kanan. Arwah tok abah pun sebelah kiri juga)

Sampai rumah dari KT dalam pukul 5 petang........penat sungguh mak rasa....tak tau kenapa sejak akhir-akhir ini mak cepat rasa penat...............mungkin kandungan gula mak tinggi kot. Mak dah ada tanda-tanda nak kena kencing manis..........malam rasa haus dan kering tekak, cepat letih, Ngah kata itu simptom kencing manis.............lama tak kayuh basikal sibuk marking final paper. Lepas ini kena exercise balik...takut juga kena kencing manis....


Sunti...........tolong gosok baju Kak 3 pasang.....nak pergi KL .......nak tengok Yana.....mak beritahu kat ibu.............( anak ku memanggil penjaga anak2 ku begitu...dari Tuban, Jawa Timor........sudah hampir 11 tahun bekerja dengan ku..........amanah orangnya. Anak bongsuku Nana macam anaknya sendiri sebab dijaga sejak dalam pantang lagi) Ayah siap beli beg baru untuk mak tau sebab semua beg-beg yang ada diguna oleh Yana, Along dan Angah. ( Mak nak bawa beg free dapat masa gi Umrah je)

Bertolak dari Dungun pukul 10.45 mlm. Adik Nana mula nak ikut ayah hantar mak kat stesen bas............tapi sebab hujan lebat mak pujuk tak payah pergi le nanti basah kuyup pula. Adik Nana sekarang mati akal sebab apik dah balik kampung rumah tok temerloh. Jadi
terkoteng-koteng kat rumah seorang2. Bila dekat...............bila berjauhan baru rasa kehilangan. Rumah pun sunyi pula rasanya................

21 November 2007 Rabu
Pukul 4.30 pagi...................Along mak dah sampai kat Setapak...........20 minit lagi sampai kat Hentian Putra. Ok..............nanti along datang ambil. Tepat pukul 4.55 pagi along sampai kat Hentuan Putra. Sampai kat rumah makndak - palladium apt, along beritahu nak tido sebab ngantuk...mak pun letih juga...tapi tak boleh tidur pun...gosok gigi....pusing kiri kanan tak juga boleh lelap mata, Lepas tu dalam 5.45 pagi dengar azan subuh.........baik sembahyang subuh la bisik hati mak...nanti tertidur pulak. Lepas sembahyang mak terlelap sekejap..pukul 7.30 pagi terjaga.............along pun nak bersiap pergi kerja. Mak nak buat breakfast ....gi intai kat dapur takde apa pun nak di buat breakfast. Mak....along tak sempat beli breakfast.....takpe......kat bawah ada kedai runcit tingkat 1. Mak intai-intai juga kat kot ada gerai jual nasi lemak...tak nampak pula, lalu mak ambil kunci kat peti sejuk, beg duit serta telefon bimbit dan terus ke kedai runcit............beli telor 1 dozen, roti Gardenia, 1 tin kecil sardin cap Ayam dan dua peket rencah nasi goeng Cina Adabi. Mak buat breakfast roti telur .........sms kat along , 3 keping( roti telor atau french toast ni kegemaran anak2 mak ) .....lepas itu makan ubat darah tinggi mak dan baring kat ruang tamu rumah makndak sambil tengok TV. Puas pulak......mak pun kata mak buat lunch lah.....along nak ajak mak lunch kat luar tapi mak rasa tentu along nak rasa makanan mak masak. Lagi pun malas rasanya nak keluar panas-panas ni nak cari gerai makanan. Masak pun masak nasi dua cawan ( beras peninggalan arwah Chik semasa dia duduk sama dengan along bulan Ramadhan yang lalu). Ingat nak masa sardin goreng kicap je. Intai-intai tengok ada lada kering, blender dan ikan bilis . Eh......buat nasi goreng ikan bilis lah. Nasi masak je, mak keluarkan dan sejukkan. Masakkan lada kering.....dan blend dengan bawang besar ( bawang kecil takde) dan bawang putih. Mana kuali besar akak...........oh dekat mesin basuh rupanya bisik hati mak. Selesai goreng nasi....mat buat telor dadar nipis2 dan gulungkan. Pukul 11.30 dah siap masak.....alaong balik lambat lagi ...pukul 1.00 katanya. Biar dululah dalam kuali...............pukul 12.45 mak panaskan semula dan tabur hirisan dadar telor atasnya...tak lengkap sebab takde sayur.....tak apa la. Seronok tengok along makan...........mak makan sikit je sebab kenyang lagi makan roti telur.

Pukul 2.30 lebih bersiap nak pergi KISAS nak gi tengok Yana. Along ambil off petang ..takpe ke long...................takpe mak, along dah beritahu boss along.........lagi pun kalu ada kerja along selalu kerja overtime siapkannya. Mak ajak along pergi Low Yat sebab mak nak beli pendriv
e 4G sebab kat Dungun harganya RM145 dan mak nak beli external hardrive 80G. pening kepala tengok Low Yat.............banyaknya kedai jual komputer dan telefon......mak rasa macam orang kampung pula, Akhirnya mak beli pendrive 4G RM99..........mak ingat murah dah........tengok2 selang dua kedai harganya RM94. Nak beli hardrive .......tak sempat dah long..dah pukul 4 ptg ni, kita kena keluar ke Klang sebelum orang keluar pejabat pukul 5 petang nanti jam pula. Tapi sebab along tersalah ambil jalan terpaksa pusing jauh nak ambil Federal highway nak ke Klang...........pukul 4 lebih sikit kat Mid Valley...............jam dari situ sampai ke Klang.....pikul 7.00 lebih. Kesian along bawa kereta ..............mak yang duduk sebelah je pun letih. Sampai KISAS jumpa Yana sekejap je ...........seperti biasa mek tu mesti nangisnya.jangan nangis ok....mak tak boleh lama yana ya. Mak ingat nak balik malam ni juga. Nak mak datang lagi ke esok.......mak datanglah esok ........ya.........Yana habis peksa Kimia 3.30 petang. Ikutkan tak larat mak nak balik malam ni tapi kesian kat Yana ..............oklah Yana, esok mak datang, mak datang ngan komuter je ,kesiankat along nanti lagi pun tak sanggup dah jam.....lagi pun lepas ni Yana dah tak sekolah lagi ...mungkin ambil matrik dsbnya..............boleh bawa handset jadi senang sikit nak dihubungi.

Along belikan Yana Panadol Fast Relief dan air mineral kat kedai Petronas......Lepas itu balik dan mak ajak along makan kat Secret Recipe. Mak makan Laksa Singapore + air suam dan along makan Mexican Rice + Iced Lemon Tea + brownies. Terus pergi Hentian Putra nak beli tiket balik esok 22hb Nov Khamis..............semua bas takde tiket melainkan Bas Utama ada 3 tiket lagi.........alhamdulillah. Kenapale tiket habismak merungut seorang2 rupanya....semester break UKM patutlah hari Khamis pun takde tiket.

Sampai Pallladium apartment, mak beritahu along mak nak terus tidur letih sangat .


Terima Kasih Along

Ya ALLAH,hamba mu ini bersyukur kepada MU kerana dugaanku kini telah menjadi anak yang baik sekali. Ampunkan segala dosanya , rahmatilahnya dunia akhirat dan berilah taufik dan hidayah MU pada buah hati sulung ku ini.
Amin Ya Rabbal Alamin

Sunday, November 18, 2007

17 November 2007

Pukul 10 bertolak ke Kuantan kerana nak menghantar apik ke stesen bas Kuantan. Apik akan balik Temerloh...rumah tok kat Kampung Lebak. Tujuan utama menghantar apik ke Temerloh ialah supaya apik memperbaiki bacaan al quran, keduanya ialah untuk menghadiri kelas tuisyen dan ketiga supaya dapat berkawan dengan anak-anak Ngah- kakak sulung ku iaitu Hadi, Adam, Jiji dan Aiman yang sebaya dengannya. Mak lebih senang hati Apik kesana sebab mak tau apik berkawan dengan anak2 mak ngah . Kalau kat dungun ni bila apik keluar rumah naik basikal tak tahu kemana apik pergi walau pun apik beritahu pergi rumah kawan2 tapi mak bimbang.

Ayah bawa kereta slow sebab tahu ajelah ayah ikut had laju jalanraya. Dekat pukul 12.30 baru sampai Kuantan dan mak nak pergi kat Megamall, nak pergi kedai FOS sebab nak beli seluar Apik. Anak mak seorang ni baru umur 13 tahun tapi saiznya macam orang dewasa mat salleh. jadi kat kedai tu je ada size besar , alhamdulillah ada dua helai . Baju T shirt dah tak susah nak beli sebab kat Dungun le ni dah ada kedai PasarayuKu yang ada jual saiz anak ku ini. Kalau tidak susah juga mak nak cari baju apik. Lepas itu ada masa 1 jam untuk lunch...pergi ke kedai AyamMas kedai kegemaran anak2ku terutama angah malahan semua anak2ku suka nasi ayam kat sini. Ayah order set makan untuk 4 orang. seperti lazimnya siapa yang makan banyak sekali..apik ku lah. Mak hanya makan separuh je dan beri apik separuh ...mak makan tauge dan bendi goreng dan meratah ikan goreng ala tom yam masam manis.

Pukul 1.45 bergegas keluar dari Megamall kerana bas apik ke Temerloh pukul 2.00 ptg. Sampai kat stesen bas Darul Makmur tercari-cari platform bas ke Temerloh. Lazimnya platform 1 atau 2 tapi Nana beritahu kat platform 6. Bas ke temerloh lewat sedikit kerana pemandu basnya pergi makan tengahari. Pukul 2.10 baru bertolak dan mak pun sms kat Kak Long Siti yang apik dah bertolak dari Kuantan. Juga menelefon tok yang apik dah bertolak dan minta tok pesan kat kak Long ambil Apik kat stesen bas.

Lepas hantar apik, ingat nak pergi check mata nana.....nana mengidap penyakit mata Lazy eyes. Tapi pergi kat klinik dr quah klinik tutup pula . terpaksalah pergi semula mungkin masa nak balik temerloh hari raya haji nanti. Lepas tu jawabnya pergi shopping kat Parksonlah. Mak nak beli tuala2 dapur dan juga pinggan mangkuk sebab nak ganti pinggan mangkuk yang dah banyak pecah secara tak sengaja atau sengaja he he he......

Sampai kat Parkson terpampang iklan BigBigger XXXXXL. Ini sudah bagus lama dah mak terfikir kenapa le tak ada buka kedai untuk XXXL sebab anak2 mak ni semuanya saiz XXL keatas kecuali Nana dan Yeanna. So ..next time tiada masaalah nak cari seluar Apik.


18hb November 2007 Ahad

Hari ini mak nak relax ...baring-baring sebab sudah dekat 2 minggu tidor pun bergelumang dengan kertas final pelajar2 mak. Nak pergi kerja lewat sikit ...ini best jadi lecturer......dah habis marking final bolehle pergi kerja lewat sikit. Pukul 10.00 pagi ......Ring...ring...ring siapa pulak le telefon , ini mesti student nak merayu lulus ...usaha malas tahunya nak suruh tolong dia aje mak merungut. Tiba -tiba ...mak.............Yana demam....esuk periksa Add Maths,kemudian Fizik dan seterusnya Kimia.......Yana nak baca buku . Yana demam.....eh budak ni tengah periksa SPM demam pulak bisik hati mak. Mak pun pesan kat Yana makan ubat dan tidur dan relax. Lupakan sementara nak baca buku sebab Yana dah berusaha sebelum ini, insyaallah tak lupanya. Semua ini dugaan ALLAH kita kena terima dengan redha...beritahu mak pada Yana. Tapi dalam hati mak.......nak terbang sekarang juga kat Yana. Mak telefon ayah dan beritahu nak pergi Klang.

Mak call along.....along ada kerja tak hari ini......takde mak kenapa apa hal boleh gi tengok adik Yana dia telefon kata demam....boleh...Ok along gi tengok adik ya dan kalau perlu bawa gi klinik nanti mak telefon semula. Selepas telefon along mak buka internet gi website Air Asia dan MAS ( tak kira dah tiket MAS mahal ke tidak sebab mak sebenarnya tak tahan naik bas dah...dah tua kot. Kalau sekejap-sekejap tak pe tapi bila lebih dari 3 jam...sakit habis seluruh badan ) takde pulak tiket ke KLIA hari Ahad tu...seperti selalu flight dari KT-KLIA habis sebab orang nak balik ke KL esoknya hari bekerja.Pergi stesen bas Dungun...nak naik bas ke Putra KL....MARA Liner, Transnasional, Utama, Mutiara, Sani, Konsortium Adik Beradik dan entah apa lagi .........semuanya tertulis...BAS KE KL MLM INI 18 NOV SUDAH HABIS DI JUAL. Macam mana ye...pukul 12 baru pergi pejabat.

Sampai pejabat ayah call bilik pemandu..kot ada siapa2 nak pergi Shah Alam urusan kerja ...takde,kalau ada dah bertolak pukul 8.30 pagi tadi. Mari kit gi Klang .....mak beritahu ayah,ok lah .........tapi bila tengok ayah sakit kaki...gaut ayah yang tak baik-baik..tak sampai hati pulak. Kemudian along telefon, Yana demam sikit je mak, along nak gi beli pizza kat Yana...Beli adik air mineral 2 botol besar ok long.....ya le mak yana ni mak, tak demam mana dah..cikgu dah bawa gi klinik....Yana kena food poisoning sebenarnya mak......la budak ini dalam mak suruh berhati-hati makan dia gi minum pulak jus apple yang tak dismipan dalam peti sejuk. Baik dah agaknya bila along datang kot bisik hati mak. Bertuah mak ada along yang ambil berat fasal adik2. Ayah pun cakap kalau ayah tiada ada dah ada pengganti yang boleh tengokkan mak dan adik2. Lega hati ayah agaknya bila mengenangkan satu ketika dahulu lot 6428 bergelora ganas tapi makayah tak pernah putus berdoa agar satu hari dugaan ini akan berakhir dan alhamdulillah makayah boleh pejam mata dengan aman sekarang. Yana dan adik2 sbenarnya bertuah mempunyai along yang amat bertanggungjawab walau pun faham faham ajelah along .

Terima kasih along

Tuesday, November 13, 2007

Usahlah

Usahlah aku dihampiri
Usahlah aku didekati
Usahlah aku disakiti
Usahlah aku dibenci
Usahlah aku didendami
Sudah cukup membenci
Bukan pada empunya diri
Tidak sekali pada empunya diri

Tapi aku benci teramat benci
Pada diri kerdil ku ini
Kurang sabar mengatasi
Pada konfrantasi demi konfrantasi
Hari demi hari demi hari
Tidak mampu lagi menangani
Konfrantasi demi konfrantansi
Hari demi hari demi hari
Aku bosan sebegini
Apa tak kenanya diriku ini

Usahlah aku dihampiri
Usahlah aku didekati
Usahlah aku disakiti
Usahlah aku dibenci
Tak sanggup aku lagi
Biarkanlah aku pergi
Biarkanlah aku pergi

12 November 12 malam

Saturday, November 10, 2007

Buat Yeanna yang disyangi

Hampir enam belas tahun telah berlalu
Masih mak ingat tangisan Yana yang pilu
Dek demam panas menerjah tubuh kecil mu
Sedu Yana menusuk kalbu bak dihiris sembilu
Pipi mulus mu mak cium bertalu -talu
Agar segala kesakitan dapat dihembus angin lalu

Kini…..Yana sudah besar dan tiada di sisi selalu
Sedang belayar di alam remaja yang haru-biru
Rindunya mak pada masa –masa Yana kecil dahulu
Dipeluk dicium dibelai hilang segala yang bercelaru
Saban malam tangan ditadah pada ILLAHI yang satu
YA ALLAH …… lindungi dan rahmatilah Yana selalu

Mak yang merindui
1 March 2006
11.10 mlm

Terjumpa balik puisi ini pada 8hb Nov jam 5ptg selepas mengemaskini folder dan fail dalam notebook…………..rupanya masih ada dalam notebook mak……sebenarnya lama tak buka notebook mak…..sebab jarang digunakan sebelum ini. Kat rumah guna desktop kat depan dan di pejabat guna komputer pejabat……aktif balik menggunakan notebook mak sejak semalam ………..along belikan router…jadi mak dah boleh access internet dari dalam bilik………….tak payah berebut komputer lagi.

Puisi ini ditulis selepas menerima panggilan telefon Yana. Yana menangis dalam telefon…………..sebulan baru belajar di KISAS selepas tiga tahun di Sek Men Sri Tualang Temerloh. Maklum saja sekolah baru….kawan baru dan keadaan sekolah yang baru….dan lain-lain lagi. Mak ayah nak pergi menjenguk Yana di Klang…..jauh perjalanannya dari Dungun. Mak bekerja dan waktu hujung minggu tidak sama…..serta masih ada Nana dan Apik untuk mak tengokkan ……jadi mak hanya mendengar rintihan Yana dalam telefon. Lagi pun Yana sudah duduk asrama 3 tahun….mak rasa Yana tentu sudah boleh menyesuaikan diri………..tetapi rupa-rupanya tak. Jadi mak luahkan perasaan mak di atas kertas dan terhasil lah puisi ini.


Kenapa begini jadinya

Kenapa begini jadinya………
Kenapa……………. asyik berdebat tanpa noktah
Kenapa…………….seringkali berbantah bantah
Kenapa……………. sentiasa memendam rasa
Kenapa……………..selalu membisu seribu bahasa

Sedihnya……………………………mak
Sayunya …………………………….mak
Pilunya ………………………………mak
Hibanya………………………………mak
Dimana salahnya ……………………mak
Dimana silapnya…………………….mak
Dimana kurangnya ………………….mak

Kenapa begini jadinya………
Kenapa……………. asyik berdebat tanpa noktah
Kenapa…………….seringkali berbantah bantah
Kenapa……………. sentiasa memendam rasa
Kenapa……………..selalu membisu seribu bahasa

Maafkan ……………………….mak
Mak …………………………….kurang fahami
Mak …………………………..kurang mengerti
Mak ………………tidak pandai menyelam hati
Mak berusaha…………… …………memahami
Mak belajar……………………………mengerti
Mak cuba …………………………..menyelami

Kenapa begini jadinya………
Kenapa……………. asyik berdebat tanpa noktah
Kenapa…………….seringkali berbantah bantah
Kenapa……………. sentiasa memendam rasa
Kenapa……………..selalu membisu seribu bahasa

Fahamilah …………………………………..mak
Selamilah perasaan………………………….mak
Hanya yang terbaik diinginkan……………..mak
Mungkin aturannya salah……………………mak
Terbawa-bawa waktu kecilnya…………….mak
Meminta minta tidak pandai………………mak
Berdebat kata tidak petah…………………mak
Mendesak desak tidak reti…………………mak
Menerima seadanya itulah………………….mak

Kenapa begini jadinya………
Kenapa……………. asyik berdebat tanpa noktah
Kenapa…………….seringkali berbantah bantah
Kenapa……………. sentiasa memendam rasa
Kenapa……………..selalu membisu seribu bahasa

Thursday, November 8, 2007

Buat Ngangah, Kak Long Nisa dan semua bakal2 doktor.....bakal Dr Sarah dan Dr Nisa

"We can cure physical diseases with medicine, but the only cure for loneliness, despair, and hopelessness is love. There are many in the world who are dying for a piece of bread, but there are many more dying for a little love." Mother Teresa

Hayatilah ayat-ayat tersebut

Wednesday, November 7, 2007

Usahlah Menangis ...........dik


Usahlah menangis …………………………………Adik
Biar apa pun keputusan peperiksaan ………………. adik
Mak tetap sayangkan …………………………….… adik
Kasih sayang mak…………………………………...adik
Bukan di ukur berapa A yang diperolehi……………adik
Belajar bukan untuk dapat markah A saja ………….adik
Biarlah kawan dapat A …………………………….. adik
Yang penting jawablah dengan jujur ……………….adik
Tidak cemerlang akademik tidak mengapa…………adik
Cemerlang akhlak yang lebih mak utamakan……….adik
Ingat pesanan mak ini ……………………………....adik
Solat jangan ditinggal ya……………………………adik
Begitu juga dengan ibadah puasa…………………...adik
Rajinlah mengaji al Quran ya……………………….adik
Milikilah akhlak mulia ya………………………….. adik

Usahlah menangis …………………………………………. Adik
Kejayaan di dunia ini hanya nikmat sementara saja…………adik
Perjalanan hidup adik amat jauh lagi…………………………adik
Masih banyak masa mengejar kejayaan demi kejayaan……...adik
Esok hari……….. kecemerlangan pasti milik .……..………..adik
Tabahkan hati ………………………………………………..adik
Kuatkan semangat …………………………………………...adik
Usaha………..usaha dan usaha lagi …………………………adik
Jangan putus asa ……………………………………………..adik

Usahlah menangis…………………………………….Adik
Kasih sayang mak tidak dibeza bezakan……………...adik
Along dan angah mak sayang…………………………adik
Kakak dan apik pun mak sayang………………………adik
Dan paling mak sayang ialah…………………………..adik
Usahlah menangis……………………………………...adik
Bila sedih ……………dekati ALLAH………………...adik
Bila sedih……………..peluk mak……………………..adik
Bila sedih……………..cium mak……………………..adik
Dekati ALLAH……………ALLAH ………….sayang adik
Peluk mak……………..mak………… akan peluk kuat adik
Cium mak …….akan mak………….. cium bertalu talu adik

Usahlah menangis dik……………buah hati mak
Usahlah menangis dik……………kesayangan mak


Shawwal 26, 1428 bersamaan 6 Nov 2007 11:41 PM

Friday, November 2, 2007

Bingkisan Doa buat Yana



12 hari lagi.....................
Mak.......................membilang hari
12 hari lagi.....................
Yana...................... membilang hari
Begitu pantas masa berlalu.........
Tiba...tiba sudah hampir ke garisan penamat
Berdedar.....................
Cemas..................
Gumdah gulana........................
Takut.............................
Ah............................

Usah berdebar............................permata hatiku
Usah cemas.................................kurniaanku
Usah gundah gulana...................buah hatiku
Usah takut...................................sayang ku

Ya ALLAH Ya WAHHAB
Ya ALLAH Ya RAHMAN
Ya ALLAH Ya MUJIB
Ya ALLAH Ya RAZZAQ

Hilangkan debaran dihati.....................permataku
Hindarkan perasaan cemas................kurniaanku
Jauhkanlah gundah gulana.................buah hatiku
Selimutkanlah perasaan takut.............sayangku
Permataku......................sudah berusaha berkian kali
Kurniaanku....................tidak jemu menadah pada MU
Buah hatiku...................tidak pernah padam semangat juangnya
Sayangku.......................yakinlah pada ILLAHI yang satu


Yana sayang........................
Pohonlah dari NYA................Ya WAHHAB
Mintalah dari NYA................Ya RAHMAN
Rayulah pada NYA................Ya MUJIB
Rintihlah pada NYA................Ya RAZZAQ
DIA maha..................................... pemberi
DIA maha..................................... pemurah
DIA maha .....................................memakbulkan
DIA maha...................................... pemberi rezeki
Yakinlah pada DIA................permohonan sayang akan ditunaikanNYA
Yakinlah pada DIA................permintaan sayang akan diperkenankanNYA
Yakinlah pada DIa.................rayuan sayang akan akan dibalasNYA
Yakinlah pada DIA.................rintihan sayang akan didengarNYA

Yana sayang............................................
Semalam khabar gembira mak terima
Keputusan Yana.......cemerlang sekali
Buat mak...................mak panjatkan kesyukuran pada ILLAHI
Mak terima seadanya........................apa apa pun keputusan peperiksaan Yana
Apa jua YANG MAHA BERKUASA beri...................
Mak hanya mampu menadah lagi ...................
Memanjat kesyukuran di malam yang sepi
Ya...RABB..........hanya ENGKAU maha mengetahui..............


Ya ALLAH Ya WAHHAB
Ya ALLAH Ya RAHMAN
Ya ALLAH Ya MUJIB
Ya ALLAH Ya RAZZAQ

Berilah ketenangan hati dan jiwa .................... pada Yana
Berilah taufik dan hidayah Mu untuk .......................Yana
Kurniakanlah kejayaan cemerlang.........................buat Yana
Berikanlah keputusan yang diidami..........................Yana
Makbulkanlah rintihan dan rayuan...........................Yana


Yana sayang...........................
Apa jua keputusaanYana terima MAC 2009 nanti.................
Terimalah dengan penuh kesyukuran
Kerana hanya DIA maha mengetahui ..................
Itulah yang terbaik buat Yana.........................
Mak...................hanya mampu berdoa
Mak...................hanya mampu menadah tanagn
Mak .................doakan yang terbaik buat Yana
Mak ................doakan ALLAH makbulkan apa jua Yana minta

Ya ALLAH Ya WAHHAB
Ya ALLAH Ya RAHMAN
Ya ALLAH Ya MUJIB
Ya ALLAH Ya RAZZAQ

Makbulkan segala doa .....................Yana
Tunaikanlah segala permintaan .................Yana


Amin.................Amin.................Amin Ya Rabbal Alamin


1 November 2007

Tuesday, October 30, 2007

Tarikh Tarikh Karamat

15 Julai 1985
6 September 1987
29 Ogos 1990
29 April 1994
25 April 1996

Baru semalam saja…………mak rasakan
Ah……bau apa ini……mencucuk hidung………. memeningkan
Pening…..…pening………..nak marah………..
Kenapa ………ya………..haruman bau kopi di waktu pagi
Tumisan bawang, nasi yang baru ditanak…. …dan entah apa lagi…
Mak…………begitu benci………benci…..…
Disember 1985 …pertama kali amarah mak yang tidak masuk akal
Pelik ya…….hairan kenapa begitu jadinya……….
“ Normal”….. doktor memberitahu mak keesokkannya
Puan mengandung………..

Gembira…………..tidak terkata
Tapi……….mak tidak tahu dikala itu
Sembilan bulan yang akan mak lalui
Seperti ombak di Lautan Cina………..
Mula mula berombak sepoi-sepoi bahasa…………
Lama lama….. mengganas……mengganas……..bagai badai bergelora
Memukul pantai tanpa ada rasa ehsan
Oh……….kalau di ingatkan kembali saat saat itu………….
Bagaimanakah boleh mak lalui semua itu untuk sekian kali….. sekian kali
Lemah longlai…..lemah longlai……tak bermaya………..tubuh mak
Mak gagahi jua…………gagahi jua………gagahi jua
Memujuk diri ……tak lama …tak lama……
Sembilan bulan ….lapan bulan…….enam bulan lagi……….
Tinggal satu bulan lagi……..tiga minggu ……….dua minngu lagi
Sabar……sabar……….kuatkan semangat……..
Semua ini dugaan NYA…………………..

Oh…………kini tunggu masa saja lagi…………bila.......bila….
Takut………cemas…….. bimbang ……….menanti saat kelahiran…….
Kali pertama……..belum tahu betapa sakitnya saat saat melahirkan
Tiba masanya……………
Ya ALLAH……… ya………RABB…..hanya KAU sahaja yang tahu
Betapa sakit di saat itu…..walau pun sekejap sekadar 15 minit
Aduh…………mak rasa begitu lama….begitu lama
Cukuplah seorang ….cukuplah seorang…..detik hati mak
Tak sanggup…….tak sanggup…. mak lalui berkian kali …berkian kali
Tiba tiba……..tangisan yang kuat memecah sunyi………
Aduh………..suara suara inilah yang mak nantikan……..
Hilang sakit ………..lupa segalanya
Hanya kesyukuran padaNYA mak panjatkan
YA ALLAH …..ku bersyukur kurnian MU………..
Berilah aku ketabahan…………….
Berilah aku kesabaran…………..
Menghadapi apa jua dugaan Mu
Dalam membesar permata-permata hatiku

Di kala………. berlayar di lautan kehidupan
Mengalun ombak ombak…………..sepoi sepoi bahasa………..
Mengganas gila badai bergelora …………..
Mak layari ombak ombak sepoi sepoi bahasa
Mak gagahi……….mak harungi…….. badai bergelora
Walau diulang beribu kali …………..….beribu kali …………….pelayaran ini
Akan mak layari ombak ombak sepoi sepoi bahsa
Akan mak gagahi……….mak harungi jua ……………badai bergelora

Renungkanlah wahai permata hatiku
Renungkanlah wahai buah hati ku
Renungkanlah wahai kurniaan ku
Renungkanlah wahai dugaan ku