Saturday, October 4, 2008

Aidilfitri 2008

Buat tatapan angah yang tiada disisi mak, ayah, along dan adik2 di pagi syawal 2008

Mak sebenarnya malas nak balik mana - mana raya sekali ini sebab mak rasa letih dah gi mari gi mari Dungun - Temerloh , Dungun -K Terengganu. Lagi pun mak banyak kerja terbengkalai sebab puasa sekali ini mak cepat letih. Tapi bila mak telefon Lan, Lan beritau fasal tok.......mak mesti balik juga , takut nanti terjadi macam arwah chik. jadi pada 29hb September dalam pukul 12.00 tgh mak, ayah n nana dalam kereta ayah sementara Along bawa kereta mak bersama dengan Yana n Syafiq.
Dalam perjalanan sebelum sampai Kijal ayah tanya mak nak beli lemang tak. Mak tidak berapa nak makan lemang Kijal sebab yang selalu menanti lemang Kijal ialah chik. Setiap kali balik Temerloh mak akan masak rendang dan beli lemang Kijal dan chiklah orang yang paling banyak makan lemang dengan rendang daging yang mak masak. Kali terakhir mak bawa lemang n rendang daging, chik makan sungguh berselera sekali. Mak tak menjamah pun lemang Kijal yang mak beli hampir RM50 - mak hanya agihkan 4 batang untuk mak ngah, 2 batang untuk Tam Nor dan 2 batang untuk Tok Chik,,,selebihnya dalam 15 batang mak letak kat rumah tok. Kalau nak makan lemang Kijal nantilah makan kat Dungun. Lagi pun mak dah makan waktu along bawa balik dari KL baru-baru ini.
Hari raya mak masak nasi minyak Terengganu style..kuahnya warna kehitaman. Itu pun kerana ayah tak makan ketupat lemang dsbnya makanan tradisi raya orang pahang, mesti nak nasi juga jadi mak kena masaklah juga. Dahlah petang masak untuk berbuka masak lemak cili padi telur itik dan goreng talapia berlada, mak banyak berdiri dan assistant chefnya tak ada pula. Pembantu Indon pun tak ada ( serik dah ambil org Indon bekerja...lain kalilah mak ceritakan fasal ni ) jadi tak rok kediri ............letih sangat, pergi rumah tok pun lepas berbuka.
Pagi raya, ayah yang bangun awal bersama dengan emak . Ayah tolong potong nanas dan timun untuk buat acar mentah. Mak masak nasi minyak dua periuk, satu untuk makan dirumah dan satu untuk dibawa kerumah tok. Dan orang yang pertama makan mestilah ayah sebab dari semalam lagi ayah duduk mencium bau kuah nasi minyak - ayah makan dua pinggan nasi minyak.
Bertolak kerumah tok dalam pukul 7.30 pagi membawa seperiuk ( periuk rice cooker angah masa matrik Jepun) nasi minyak, gulai daging dan acar kerana ayah nak kejar sembahyang raya kat Lebak. Sampai rumah tok, tok dah pergi masjid.

Bila ayah balik masjid, ayah nak makan lagi ....ayah makan nasi minyak lagi. Kat rumah tok ada ketupat/lemang dan rendang dan ada laksa penang . Bila tengok makanan terhidang begitu banyak mak terinagt angah mesti belum makan lagi sebab angah dah start kelas hari ini 1 oktober 2008. Tak sampai hati nak makan lalu mak telefon angah sekurangnya dapat dengar suara jadilah. Memang betul tekaan mak, angah belum makan lagi. Tak apalah angah berkorban demi masa depan angah. Lagi pun tahun depan angah balik dan boleh berpuasa n beraya di Dungun. Dan angah akan beraya bersama mak, ayah, along, yana, syafiq dan nana.
Masa tok balik masjid, tok menangis sedih apabila mak, ayah, along, adik2, ayah long dan anak2 serta mak ngah dan anak2 bersalaman dengan tok, lepas tu masa tok telefon angah pun tok sedih. Tok sayu agaknya teringatkan arwah cik.
Petang raya mak pergi rumah tok Chik di Durian Tawar - rumah adik arwah Tok Abah. Kalau nak tengok rupa tok abah itulah dia rupanya. Kalau Tok Abah ada tentu tok abah gembira kerana begitu ramai cucu2 tok abah.
Petang raya kaki kanan mak sakit teruk. Mungkin kerana terlalu lama berdiri memasak untuk berbuka n persiapan raya. Mak memang tak tahan berdiri lama mesti akan sakit kaki kanan. Masa mengandungkan along, angah, yana, syafiq n nana, kaki kanannlah yang selalu cramp atau kejang sebab perut mak akan berat sebelah kanan. Mungkin itu salah satu sebabnya kaki kanan mak tak tahan berdiri lama. Malam itu mak sapu ubat Yoko- along beli kat 7 eleven kat rumah kita di Temerloh, setiap satu jam rasanya baru tahan sikit sakitnya.

2 oktober 2008
Pergi ke rumah tok sebelum nak bertolak balik ke Dungun. Mak perasaan sekali ini tok tidak mengiringi mak ke kereta sebagaimana selalunya. Mak harap-harap ianya bukan satu petanda yang mak tahu akan datang juga. Mak perhatikan tok memandang mak seperti arwah mak Tam memerhatikan mak sewaktu kali terakhir mak berjumpa dengan dia. Mak masih mengharap tok akan bersama2 kita selama yang boleh. YA ALLAH panjangkan lah umur ibuku , berikanlah dia kesihatan agar dapat mengabdikan diri kepada MU YA ALLAH.