Saturday, July 4, 2009

PESANAN UNTUK BUAH HATI MAK

Sudah lama mak tidak menulis. Bukan tiada apa nak ditulis..........begitu banyak yang mak nak tulis tapi sebab kesuntukan masa kerana mak sekarang sudah tidak ada orang gaji lagi untuk membantu buat kerja rumah. Mak rasa tahun 2008 dan tahun 2009 mak sibuk dengan tugas mengajar dan sebagai penilai LAN. Dari Dis 2007 - April 2008 mak sibuk mengajar, lepas tu bulan May - Jun 2008 mak mengajar intersesi. Kemudian mak pergi Shah Alam menghadiri Bengkel Penyediaan Soalan Program Ijazah. Balik Bengkel, semester Julai - Nov 2008 bermula, kemudian Dis 2008 mak sekali lagi menghadiri bengkel penyediaan soalan program Ijazah di Shah Alam.
Sedar tak sedar sudah masuk tahun 2009 dan bermulalah balik kitaran hidup mak sebagAi pensyarah. Semester Dis - April 2009 bermula diikuti pula mak mengajar intersesi May - Jun 2009. Mulanya mak malas nak mengajar intersesi tapi kasihan kat student mak...sebab mata pelajaran ini mungkin tidak ditawarkan semester depan . Jadi mak pun mengajarlah dan mak terkejut dengan keputusan peperiksaan.Pelajar mak lulus 100% untuk mata pelajaran ini dan ini satu sejarah buat mak. Tak pernak sepanjang mak jadi pensyarah selama 25 tahun dapat keputusan lulus 100% untuk pelajar ijazah. Mungkin rezeki pelajar mak...sebab mak tukar sedikit metodologi pengajaran dan juga mak mengajr lebihmasa sedikit.
Habis intersesi May-Jun 2009, sekali mak terpaksa menghadiri bengkel penyediaan soalan program ijazah pada minggu pertama bulan Julai. Mak sebenarnya malas dah nak pergi buat soalan. Dah tak tahu nak buat soalan macam mana lagi tapi kawan mak beritahu dia akan ikat mak sehingga mak pencen............nampaknya mak nak pencen awal. Dan minggu kedua bulan Julai kena pergi kolej UNISEL pula, atas urusan tugasan LAN dan mungkin minggu ketiga Julai kena pergi UiTM Pulau Pinang kerana menghadiri workshop Hospitality Accounting kerana mak mengajar perakaunan kepada pelajar program perhotelan. Mak mengajar perakaunan kepada pelajar perhotelan kerana mengingati mak pernah mengajar arwah Chik ketika Chik mengambil sijil perhotelan di UiTM Dungun dan Chik dapat "A" kedua-dua mata pelajaran perakaunan tersebut. Niat mak ingin membantu pelajar perhotelan ini sebagaimana mak pernah membantu Chik dulu.
Mungkin ada hikmah disebalik kesibukan mak ini..............mungkin sudah sampai masanya apik n nana berdikari apabila mak tiada dirumah dua tiga hari . ALong, angah dan yana sudah boleh berdikari tapi apik n nana mak tak tahu lah bila nak berdikari. Mak sudah berumur 50an , tidak tahu selama mana lagi akan berada di dunia ini...............jadi mak harap apik n nana ambil iktibar dari ketiadaan sementara mak ini untuk berdikari dan mematangkan diri sebelum mak pergi untuk selama-lamanya. Apik n nana kena saling berbaik2 dan bantu membantu kerana hanya apik n nana sahaja yang akan berada dirumah kerana along, angah n yana masing2 akan sibuk dengan urusan sendiri. Belajarlah bertolak ansur dan bertoleransi kerana tiada orang lain kerana hanya ada apik n nana dirumah sekurang2nya untuk 5 -8 tahun akan datang. Kalau umur mak panjang alhamdulillah mak boleh membantu tapi tiada jaminan mak akan berada bersama apik n nana untuk selama2nya.
Oleh itu, khas buat apik n nana, ......belajarlah bergantung harapan kepada ALLAH kerana hanya ALLAH yang boleh membantu apik n nana kerana ALLAH akan sentiasa ada dan mampu melakukan apa jua .

BUAT SEMUA BUAH HATI MAK,

JANGAN TINGGAL SEMBAHYANG, BERBUAT BAIK LAH SELALU DAN SENTIASA BERDOA DAN YAKIN LAH ALLAH MAMPU MEMBERI SEGALA2 YANG DIPINTA.

Award daripada kawan sejati - Norma


Thanks Norma . I appreciate it very much just like I appreciate and value your friendship.

This award was given to mak from a very close friend who is like a dearest younger sister to mak. She is really a very good person.
True friends are rare like precious gems and Norma -you are one of them.
May our friendship last forever n forever and God willing, we will meet again someday in Dungun

Thursday, June 18, 2009

Berita gembira dari Along - TAHNIAH ALONG

Buka handset - ada missed call dari along. Mak sebenarnnya selalu bimbang kalau ada missed call dari anak2 - terutama along." kenapa along call mak" " Along ada berita gembira mak" " Along lulus dengan CGPA 3.50 > " Bagi mak amat cemerlang "Alhamdulillah........." mengalir airmata mak mendengar berita ini. Sebabnya........hanya mak, along dan ayah saja yang tahu......jalan2 yang along, mak dan ayah lalui untuk along sampai ke tahap ini .Dari 2003 , mak sentiasa mengalir airmata, bimbang tapi tak pernah berputus asa mendoakkan dan mengharapkan along akan berjaya jua akhirnya dan akan berjaya sekali lagi insyaallah mendapatkan ijazah senibina satu hari nanti.

Tahniah .............Long. Tahniah ..............Long.

Mak harap mak sudah buat yang terbaik untuk along. Lebih dari itu mak tak mampu.....

Begitu juga untuk Angah, Yana, Apik dan Nana.......mak cuba yang terbaik dan termampu dan selebihnya mak berserah sahaja pada ALLAH...........tapi mak mahu Along, Angah, Yana, Apik dan Nana tahu.......mak hanya mahu yang terbaik untuk Along, Angah, Yana, Apik dan Nana ....walau pun kadangkala Along, Angah, Yana, Apik dan Nana merasakan bukan yang terbaik. Mak sendiri tidak tahu samada segala keputusan yang mak buat itu betul ke tidak....tapi mak sentiasa berdoa dan berharap agar ianya betul.

MAAFKAN MAK...........
keputusan mak tidak selari kehendak dan kemahuan Along, Angah, Yana, Apik dan Nana
MAAFKAN MAK ...........
tidak memenuhi semua kemahuan Along, Angah, Yana, Apik dan Nana .
MAAFKAN MAK ...........
tidak seperti mak kawan2 Along, Angah, Yana, Apik dan Nana

MAAFKAN MAK...........untuk segala-galanya
MAAFKAN MAK.......... ini sahaja kemampuan mak .

Dan mak sentiasa memaafkan Along, Angah, Yana, Apik dan Nana walau pun sudah banyak kali airmata mak mengalir. Mak tidak pernah putus mendoakan agar Along, Angah, Yana, Apik dan Nana sentiasa diredhai dan dirahmati ALLAH dan diampunkan segala kesilapan yang telah dilakukan.

Andaikata mak ayah tiada lagi di dunia ini mak berharap sentiasalah Along, Angah, Yana, Apik dan Nana berbaik2 dan saling bantu membantu.


Mak amat menyayangi Along, Angah, Yana, Apik dan Nana

Saturday, October 4, 2008

Aidilfitri 2008

Buat tatapan angah yang tiada disisi mak, ayah, along dan adik2 di pagi syawal 2008

Mak sebenarnya malas nak balik mana - mana raya sekali ini sebab mak rasa letih dah gi mari gi mari Dungun - Temerloh , Dungun -K Terengganu. Lagi pun mak banyak kerja terbengkalai sebab puasa sekali ini mak cepat letih. Tapi bila mak telefon Lan, Lan beritau fasal tok.......mak mesti balik juga , takut nanti terjadi macam arwah chik. jadi pada 29hb September dalam pukul 12.00 tgh mak, ayah n nana dalam kereta ayah sementara Along bawa kereta mak bersama dengan Yana n Syafiq.
Dalam perjalanan sebelum sampai Kijal ayah tanya mak nak beli lemang tak. Mak tidak berapa nak makan lemang Kijal sebab yang selalu menanti lemang Kijal ialah chik. Setiap kali balik Temerloh mak akan masak rendang dan beli lemang Kijal dan chiklah orang yang paling banyak makan lemang dengan rendang daging yang mak masak. Kali terakhir mak bawa lemang n rendang daging, chik makan sungguh berselera sekali. Mak tak menjamah pun lemang Kijal yang mak beli hampir RM50 - mak hanya agihkan 4 batang untuk mak ngah, 2 batang untuk Tam Nor dan 2 batang untuk Tok Chik,,,selebihnya dalam 15 batang mak letak kat rumah tok. Kalau nak makan lemang Kijal nantilah makan kat Dungun. Lagi pun mak dah makan waktu along bawa balik dari KL baru-baru ini.
Hari raya mak masak nasi minyak Terengganu style..kuahnya warna kehitaman. Itu pun kerana ayah tak makan ketupat lemang dsbnya makanan tradisi raya orang pahang, mesti nak nasi juga jadi mak kena masaklah juga. Dahlah petang masak untuk berbuka masak lemak cili padi telur itik dan goreng talapia berlada, mak banyak berdiri dan assistant chefnya tak ada pula. Pembantu Indon pun tak ada ( serik dah ambil org Indon bekerja...lain kalilah mak ceritakan fasal ni ) jadi tak rok kediri ............letih sangat, pergi rumah tok pun lepas berbuka.
Pagi raya, ayah yang bangun awal bersama dengan emak . Ayah tolong potong nanas dan timun untuk buat acar mentah. Mak masak nasi minyak dua periuk, satu untuk makan dirumah dan satu untuk dibawa kerumah tok. Dan orang yang pertama makan mestilah ayah sebab dari semalam lagi ayah duduk mencium bau kuah nasi minyak - ayah makan dua pinggan nasi minyak.
Bertolak kerumah tok dalam pukul 7.30 pagi membawa seperiuk ( periuk rice cooker angah masa matrik Jepun) nasi minyak, gulai daging dan acar kerana ayah nak kejar sembahyang raya kat Lebak. Sampai rumah tok, tok dah pergi masjid.

Bila ayah balik masjid, ayah nak makan lagi ....ayah makan nasi minyak lagi. Kat rumah tok ada ketupat/lemang dan rendang dan ada laksa penang . Bila tengok makanan terhidang begitu banyak mak terinagt angah mesti belum makan lagi sebab angah dah start kelas hari ini 1 oktober 2008. Tak sampai hati nak makan lalu mak telefon angah sekurangnya dapat dengar suara jadilah. Memang betul tekaan mak, angah belum makan lagi. Tak apalah angah berkorban demi masa depan angah. Lagi pun tahun depan angah balik dan boleh berpuasa n beraya di Dungun. Dan angah akan beraya bersama mak, ayah, along, yana, syafiq dan nana.
Masa tok balik masjid, tok menangis sedih apabila mak, ayah, along, adik2, ayah long dan anak2 serta mak ngah dan anak2 bersalaman dengan tok, lepas tu masa tok telefon angah pun tok sedih. Tok sayu agaknya teringatkan arwah cik.
Petang raya mak pergi rumah tok Chik di Durian Tawar - rumah adik arwah Tok Abah. Kalau nak tengok rupa tok abah itulah dia rupanya. Kalau Tok Abah ada tentu tok abah gembira kerana begitu ramai cucu2 tok abah.
Petang raya kaki kanan mak sakit teruk. Mungkin kerana terlalu lama berdiri memasak untuk berbuka n persiapan raya. Mak memang tak tahan berdiri lama mesti akan sakit kaki kanan. Masa mengandungkan along, angah, yana, syafiq n nana, kaki kanannlah yang selalu cramp atau kejang sebab perut mak akan berat sebelah kanan. Mungkin itu salah satu sebabnya kaki kanan mak tak tahan berdiri lama. Malam itu mak sapu ubat Yoko- along beli kat 7 eleven kat rumah kita di Temerloh, setiap satu jam rasanya baru tahan sikit sakitnya.

2 oktober 2008
Pergi ke rumah tok sebelum nak bertolak balik ke Dungun. Mak perasaan sekali ini tok tidak mengiringi mak ke kereta sebagaimana selalunya. Mak harap-harap ianya bukan satu petanda yang mak tahu akan datang juga. Mak perhatikan tok memandang mak seperti arwah mak Tam memerhatikan mak sewaktu kali terakhir mak berjumpa dengan dia. Mak masih mengharap tok akan bersama2 kita selama yang boleh. YA ALLAH panjangkan lah umur ibuku , berikanlah dia kesihatan agar dapat mengabdikan diri kepada MU YA ALLAH.

Monday, April 28, 2008

TAHNIAH ALONG


TAHNIAH BUAT ALONG, BUAH HATI NO 1 MAK ( selepas ayah he ...he...)

26 hb April 2008. Mak, ayah, yana, syafiq dan nana berada di Kuantan kerana meraikan kejayaan along. Mungkin bagi orang lain kejayaan along tidak sebesar mana tapi bagi mak dan ayah ia cukup bermakna selepas pelbagai dugaan berlaku. Sekarang sudah terbukti along boleh berjaya dalam pelajaran kalau along mahu. Mak nampak ayah menyapu air mata - sedih n gembira apabila along sedang berbaris didalam dewan. Mak pun tanpa disedari airmata mengalir melihat along. Mak gembira kerana mak tahu sekarang along sudah tahu hala tuju along dan mak ayah sentiasa berdoa agar along akan menjadi seorang akitek yang berjaya satu hari nanti. Percayalah semua dugaan n kesusahan yang along lalui sebenarnya adalah pelajaran paling mahal dalam mengejar cita-cita along sebab bukan mudah untuk menjadi seorang akitek yang berjaya.

Walau jatuh berpuluh kali, bangun..... kuatkan semangat dan teruskan berlari ke garisan penamat

Wednesday, March 12, 2008

TAHNIAH YANA

TAHNIAH BUAT YANA, BUAH HATI NO 3 MAK

"Mak .......yana dapat 12 1A"


Sudah termakbul segala doa .....................Yana
Sudah tertunai segala permintaan .................Yana

Yana sayang...........................................
Khabar paling gembira mak terima
Keputusan Yana.......cemerlang sekali
Buat mak...................mak panjatkan kesyukuran pada ILLAHI
Mak terima apa pun keputusan peperiksaan Yana
Apa jua YANG MAHA BERKUASA beri...................

Aku bersyukur kepadaMU Ya WAHHAB.................permohonan sayangku ditunaikan
Aku bersyukur kepadaMU Ya RAHMAN................permintaan sayangku diperkenankan
Aku bersyukur kepadaMU Ya MUJIB ....................rayuan sayangku dikurniakan
Aku bersyukur kepadaMU Ya RAZZAQ.................doa sayangku dimakbulkan


Ya ALLAH Ya WAHHAB
Ya ALLAH Ya RAHMAN
Ya ALLAH Ya MUJIB
Ya ALLAH Ya RAZZAQ


Lindungi sayangku selalu
Rahmatilah buah hatiku
Berkatilah perjalanan hidupnya
Agar sentiasa di jalan yang lurus


12 Mac 2008


Satu catatan buat yana
Seminggu sebelum keputusan SPM dikeluarkan , mak sebenarnya sedih sekali kerana yana pasti ingat apa yang berlaku di MegaMall Kuantan kerana sepasang kasut................Mak cemas dan bimbang akan keputusan SPM yana, bukan untuk mak kejayaan yana tapi buat yana.............mak boleh terima apa jua keputusannya . Setiap waktu sembahyang mak tidak pernah jemu memohon agar ALLAH ampunkan segala silap yana kerana mak tahu yana belum mampu berfikiran panjang. Mak bangun sembahyang malam agar ALLAH perkenankan permintaan yana. Sehari sebelum yana pergi KL ngan ayah, biarlah mak mengalah , mak peluk n cium yana agar ALLAH berkati yana...........mak tak sampai hati takut nanti ....................

Jangan buat begitu lagi ya yana n juga anak anak mak yang lain.............sebab mak sudah cuba menjadi ibu yang terbaik buat yana dan semua anak-anak mak. Mak minta maaf kalau mak tidak memenuhi apa-apa yang yana n anak-anak mak ingini. Ini sahaja kemampuan mak.

Saturday, December 8, 2007

Nostalgia


Hari ini mak tak ada mood nak menulis. Teman setia mak - ayah tiada kerana menemani Yana pergi ke Ipoh menghadiri EduCamp Uni Petronas 8 dis - 11 Dis 2007. Bukan nak memasukki Uni Petronas tetapi sekadar agar Yana mengutip pengalaman menghadiri sesi temuduga untuk persiapan diri di masa masa akan datang. Tak ada mood nak menulis kerana tertangguh lagi nak balik rumah tok Temerloh...jadi mak mengemas rumah dan melihat gambar2 lama along angah dan buat keputusan scan sebahagian dari gambar kegemaran mak sewaktu along dan angah cukup rapat sekali masa itu sebelum bermula "Perang Dunia Ke 4". Tentu along dan angah ingat waktu2 tersebut dan mak harap "peperangan" tersebut akan membuat angah dan along akan menjadi sahabat yang akrab le ni dan akan menjadi lebih bertanggung jawab menjaga Yana, Apik dan Nana nanti bila mak ayah sudah tiada didunia ini. Ingatilah perang demi perang samada di meja makan, depan tv kat luar rumah dsbnya. Dan angah ingat mak kejar angah keliling rumah tapi tak pernah dapat sebab waktu kecil angah cukup pantas berlari . Biar bergaduh masa kecil tetapi bila sudah dewasa semua itu menjadi kenangan manis .

Kenderaan pertama angah . Masa ni angah dalam umur 2 tahun. Ini kat rumah di Taman Sura, Belakang JuJaya Mini Market. JuJaya Mini market dah tiada lagi. Dan le ni kat bawah, angah di motorshow di Jepun he...he...satu hari nanti angah boleh tunggang motor besar ni..tapi tukar lesen dulu ya macam along punya baru boelh bawa yang 200cc keatas. Jadi ke angah nak beli motorsikal suzuki !!!!











Ini motorsikal along yang pertama yang ayah belikan, lebih kurang 2 tahun juga dan besar nanti....mak pun tak tahu along nak beli motor macam mana. Belikan mak mini cooper jadilah nak pakai dah tua2 nanti.











Teka siapa dua orang dibawah ni.

Cucu lelaki tok no: 1 dan no: 2 ................cute kan
Kiri - no 2 dan kanan - No 1


sekarang sudah jadi jejaka paling handsome di kaca mata kedua ibunda jejaka2 ni, yang no:2 katanya sudah berpunya tapi ada 3 kosong lagi he...he...he... (ayahde cakap) yang no:1 rasanya belum lagi berpunya.....masih ingin mengejar cita cita .

Apa-apa pun, carilah pasangan yang boleh bersama waktu senang dan susah, waktu bergembira dan bersedih dan paling penting menghormati kedua ibubapa dan menjaga agamanya dan bagi mak .......carilah yang orang yang sederhana citarasanya supaya mudah menyesuaikan diri dengan mak ayah kerana makayah sederhana dan simple orangnya, takut nanti tidak serasi dengan anak menantu dan keluarganya kerana perkahwinan bukan hanya ikatan dua hati tetapi adalah ikatan dua buah keluarga. Dan anak lelaki mesti ingat , ibu mesti di utamakan daripada isteri dan cari lah pasangan yang boleh menerima hakikat ini jikalau kebahagian yang dicarikan di alam perkahwinan.