Saturday, July 4, 2009

PESANAN UNTUK BUAH HATI MAK

Sudah lama mak tidak menulis. Bukan tiada apa nak ditulis..........begitu banyak yang mak nak tulis tapi sebab kesuntukan masa kerana mak sekarang sudah tidak ada orang gaji lagi untuk membantu buat kerja rumah. Mak rasa tahun 2008 dan tahun 2009 mak sibuk dengan tugas mengajar dan sebagai penilai LAN. Dari Dis 2007 - April 2008 mak sibuk mengajar, lepas tu bulan May - Jun 2008 mak mengajar intersesi. Kemudian mak pergi Shah Alam menghadiri Bengkel Penyediaan Soalan Program Ijazah. Balik Bengkel, semester Julai - Nov 2008 bermula, kemudian Dis 2008 mak sekali lagi menghadiri bengkel penyediaan soalan program Ijazah di Shah Alam.
Sedar tak sedar sudah masuk tahun 2009 dan bermulalah balik kitaran hidup mak sebagAi pensyarah. Semester Dis - April 2009 bermula diikuti pula mak mengajar intersesi May - Jun 2009. Mulanya mak malas nak mengajar intersesi tapi kasihan kat student mak...sebab mata pelajaran ini mungkin tidak ditawarkan semester depan . Jadi mak pun mengajarlah dan mak terkejut dengan keputusan peperiksaan.Pelajar mak lulus 100% untuk mata pelajaran ini dan ini satu sejarah buat mak. Tak pernak sepanjang mak jadi pensyarah selama 25 tahun dapat keputusan lulus 100% untuk pelajar ijazah. Mungkin rezeki pelajar mak...sebab mak tukar sedikit metodologi pengajaran dan juga mak mengajr lebihmasa sedikit.
Habis intersesi May-Jun 2009, sekali mak terpaksa menghadiri bengkel penyediaan soalan program ijazah pada minggu pertama bulan Julai. Mak sebenarnya malas dah nak pergi buat soalan. Dah tak tahu nak buat soalan macam mana lagi tapi kawan mak beritahu dia akan ikat mak sehingga mak pencen............nampaknya mak nak pencen awal. Dan minggu kedua bulan Julai kena pergi kolej UNISEL pula, atas urusan tugasan LAN dan mungkin minggu ketiga Julai kena pergi UiTM Pulau Pinang kerana menghadiri workshop Hospitality Accounting kerana mak mengajar perakaunan kepada pelajar program perhotelan. Mak mengajar perakaunan kepada pelajar perhotelan kerana mengingati mak pernah mengajar arwah Chik ketika Chik mengambil sijil perhotelan di UiTM Dungun dan Chik dapat "A" kedua-dua mata pelajaran perakaunan tersebut. Niat mak ingin membantu pelajar perhotelan ini sebagaimana mak pernah membantu Chik dulu.
Mungkin ada hikmah disebalik kesibukan mak ini..............mungkin sudah sampai masanya apik n nana berdikari apabila mak tiada dirumah dua tiga hari . ALong, angah dan yana sudah boleh berdikari tapi apik n nana mak tak tahu lah bila nak berdikari. Mak sudah berumur 50an , tidak tahu selama mana lagi akan berada di dunia ini...............jadi mak harap apik n nana ambil iktibar dari ketiadaan sementara mak ini untuk berdikari dan mematangkan diri sebelum mak pergi untuk selama-lamanya. Apik n nana kena saling berbaik2 dan bantu membantu kerana hanya apik n nana sahaja yang akan berada dirumah kerana along, angah n yana masing2 akan sibuk dengan urusan sendiri. Belajarlah bertolak ansur dan bertoleransi kerana tiada orang lain kerana hanya ada apik n nana dirumah sekurang2nya untuk 5 -8 tahun akan datang. Kalau umur mak panjang alhamdulillah mak boleh membantu tapi tiada jaminan mak akan berada bersama apik n nana untuk selama2nya.
Oleh itu, khas buat apik n nana, ......belajarlah bergantung harapan kepada ALLAH kerana hanya ALLAH yang boleh membantu apik n nana kerana ALLAH akan sentiasa ada dan mampu melakukan apa jua .

BUAT SEMUA BUAH HATI MAK,

JANGAN TINGGAL SEMBAHYANG, BERBUAT BAIK LAH SELALU DAN SENTIASA BERDOA DAN YAKIN LAH ALLAH MAMPU MEMBERI SEGALA2 YANG DIPINTA.

1 comment:

nj said...

Kak Aida...
Semoga Kak Aida menjalani segala aktiviti dengan lancar dan dilindungi Allah senantiasa. Take care and I'm sure your children are proud to have a mother like you. If ever nana and apik read this comment, auntie Norma nak pesan supaya bahagiakanlah hati mak nana dan apik selagi beliau masih ada...InsyaAllah kak Aida, panjang umur kita jumpa di Dungun ye...