Tuesday, October 30, 2007

Tarikh Tarikh Karamat

15 Julai 1985
6 September 1987
29 Ogos 1990
29 April 1994
25 April 1996

Baru semalam saja…………mak rasakan
Ah……bau apa ini……mencucuk hidung………. memeningkan
Pening…..…pening………..nak marah………..
Kenapa ………ya………..haruman bau kopi di waktu pagi
Tumisan bawang, nasi yang baru ditanak…. …dan entah apa lagi…
Mak…………begitu benci………benci…..…
Disember 1985 …pertama kali amarah mak yang tidak masuk akal
Pelik ya…….hairan kenapa begitu jadinya……….
“ Normal”….. doktor memberitahu mak keesokkannya
Puan mengandung………..

Gembira…………..tidak terkata
Tapi……….mak tidak tahu dikala itu
Sembilan bulan yang akan mak lalui
Seperti ombak di Lautan Cina………..
Mula mula berombak sepoi-sepoi bahasa…………
Lama lama….. mengganas……mengganas……..bagai badai bergelora
Memukul pantai tanpa ada rasa ehsan
Oh……….kalau di ingatkan kembali saat saat itu………….
Bagaimanakah boleh mak lalui semua itu untuk sekian kali….. sekian kali
Lemah longlai…..lemah longlai……tak bermaya………..tubuh mak
Mak gagahi jua…………gagahi jua………gagahi jua
Memujuk diri ……tak lama …tak lama……
Sembilan bulan ….lapan bulan…….enam bulan lagi……….
Tinggal satu bulan lagi……..tiga minggu ……….dua minngu lagi
Sabar……sabar……….kuatkan semangat……..
Semua ini dugaan NYA…………………..

Oh…………kini tunggu masa saja lagi…………bila.......bila….
Takut………cemas…….. bimbang ……….menanti saat kelahiran…….
Kali pertama……..belum tahu betapa sakitnya saat saat melahirkan
Tiba masanya……………
Ya ALLAH……… ya………RABB…..hanya KAU sahaja yang tahu
Betapa sakit di saat itu…..walau pun sekejap sekadar 15 minit
Aduh…………mak rasa begitu lama….begitu lama
Cukuplah seorang ….cukuplah seorang…..detik hati mak
Tak sanggup…….tak sanggup…. mak lalui berkian kali …berkian kali
Tiba tiba……..tangisan yang kuat memecah sunyi………
Aduh………..suara suara inilah yang mak nantikan……..
Hilang sakit ………..lupa segalanya
Hanya kesyukuran padaNYA mak panjatkan
YA ALLAH …..ku bersyukur kurnian MU………..
Berilah aku ketabahan…………….
Berilah aku kesabaran…………..
Menghadapi apa jua dugaan Mu
Dalam membesar permata-permata hatiku

Di kala………. berlayar di lautan kehidupan
Mengalun ombak ombak…………..sepoi sepoi bahasa………..
Mengganas gila badai bergelora …………..
Mak layari ombak ombak sepoi sepoi bahasa
Mak gagahi……….mak harungi…….. badai bergelora
Walau diulang beribu kali …………..….beribu kali …………….pelayaran ini
Akan mak layari ombak ombak sepoi sepoi bahsa
Akan mak gagahi……….mak harungi jua ……………badai bergelora

Renungkanlah wahai permata hatiku
Renungkanlah wahai buah hati ku
Renungkanlah wahai kurniaan ku
Renungkanlah wahai dugaan ku


Monday, October 29, 2007

Sebuah puisi untuk: anak-anak didik ku di UiTM Terengganu dan juga untuk anak2 ku

Anak-anak didikku tersayang…………..

“Ok class ………satu minggu lagi….. Final exam
Saya halalkan dan berharap diberkati apa yang saya ajar ………..
Saya doakan kamu lulus dengan cemerlang dalam exam…………..
Terima Kasih puan……………….halalkan dan berkatilah apa yang kami belajar……..”
Ucapan terakhir buat anak-anak didik tersayang
Kata penutup berakhirnya kuliah…….. sebelum final datang menjelang

Ada yang keluh kesah ada yang tergamam
Ada yang dah rasa nak demam tapi tak demam
Killer paper…… persepsi anak didikku ………tapi amat penting
Nak pecah kepala kononnya dikatakan belajar
Tetapi ….sayang sekali hanya gred "C' yang dikejar

Konsultasi dengan tok guru hanya seketika
Itu pun menunggu saat saat terakhir esok lusa dah nak periksa
Sanggup tunggu berjam‑jam dek kerana queue sudah panjang
Malah ada yang nak buat appointment sehingga malam
Kasihan tok guru lunch hanya mi segera dan sos salsa
Tapi tak apalah tok guru berkorban demi anak bangsa

Tok guru dipaksa menurun semua ilmu dalam sejam
Kalau sebegini rupa diamalkan pegangan dari awal semester
Periksa dijawab dengan mata terpejam
Kejayaan bukan lagi angan‑angan
Gred "A+" pasti dalam tangan

Alangkah bahagia hati tok guru
Kalau anak didik berkobar‑kobar dari awal perjalanan
Tidaklah mengisi markah final duduk termangu
Amanah diberi telah terlaksana
Terbukti pelajar Melayu cemerlang lagi bijaksana

Tapi sesi demi sesi, tahun demi tahun berlalu
Tanpa disedari sudah 20 tahun lebih mencurah bakti

Anak bangsa yang aku kasihi masih ramai terkapai‑kapai
Dek kerana belajar kesungguhannya hanya seketika
Kadangkala tangan ku hulurkan agar tidak lemas
Tetapi sampai bila harus begini ……. bilakah akan tercapai?
Anak bangsaku menjadi tuan di ibu pertiwi …..bukannya hidup malang bak anak tiri
Alkisah seperti cerita penglipur lara
Bersorak sakan si ayam sabung menang … kampung halaman tergadai tiada disedari

Bangunlah…. …insaflah dan berjuanglah ……….rampas kembali ibu pertiwi

Sunday, October 28, 2007

Adik Nana - Nabiha Farzana Che Ismail ...........bongsu mak ayah


Hospital Kuala Terengganu. 25hb April 1996. Anak bongsu mak................paling manja..........dan dot dot dot ...........Nana saja yang tahukan. Mengandungkan Nana dugaan hebatbuat mak.............mak tidak boleh makan .............hatta minum air kosong sekali. Masa dua bulan pertama berat badan mak turun 22 paun............slim masa itu..................dan mak juga alah pada cahaya ..............bukan sahaja cahaya matahari .......malah .cahaya lampu dalam kace ( kata orang Terengganu...Kuala Brang) pun mak tak tahan............berkelubung dalam kegelapan jawabnya. Terima kasih buat suami tercinta kerana memahami keadaan ku ketika itu............tetapi ALLAH itu maha kaya................Nana paling mudah dilahirkan..................tiada sakit bersalin pun.............masuk wad bersalin tak sampai lima belas minit pukul 10.00 malam Nana sudah pun menjenguk dunia...............masa itu agaknya ayah baru masuk dalam lif Hospital.................balik kerumah Tok Terengganu..........nak salin baju dan makan sekejap.................dan bila ayah sampai semula ke Hsopital dalam pukul 2 pagi..............ayah terkejut mak dan Nana sudah ada di wad................mak sudah kelaparan...................seperti biasa selepas bersalin mak mesti lapar dan nak makan roti canai..................agaknya sebab masa mengandung mak tak boleh makan .............jadi lepas je bersalin..............mak lapar.......ayah pun bergegas mencari roti canai .......kat mana ayah beli mak pun tak tahu sebab masa itu pukul 2 pagi warung mamak pun belum buka lagi.

Ahmad Shafiq Che Ismail................buah hati ke empat






Hospital Kuala Terengganu, 29 April 1994. Syafiq...................bermakna kasih sayang.Kurniaan istimewa ALLAH buat mak.........tetapi dikala ini dugaan hebat buat mak.Ya ALLAH tabahkan hati ku menghadapi dugaan mu ini. ( Ku redha dugaan MU ini ........................mak hanya mampu menadah tangan di malam yang sepi ......berjujuran air mata yang tidak tahu berhenti .......memohon ILLAHI memberi taufik dan hidayah buat syafiq kerana hanya DIA yang mampu melakukan nya.) Semasa kecil senyumannya menawan mak setiap kali balik dari kerja..........tengoklah gambar disebelah................senyumannya menawan sekali. Sewaktu kecil syafiq adalah kesayangan angah kerana andaikata ingin berjalan-jalan kemana pun....angah akan menangis kalau ditinggalkan syafiq..............sanggup menjaga syafiq dan rela tinggal dirumah dari meninggalkan syafiq. . Syafiq pun tiada kerenah semasa kecil.............mudah dijaga. Sebenarnya syafiq amat penyayang orangnya.........tetapi sejak meningkat remaja mak sukar memahami sayfiq walau pun mak cuba memahami syafiq. Fahamilah mak syafiq.........mak hanya ingin yang terbaik buat syafiq. Mak amat menyayangi syafiq . Maafkan mak andai mak tidak faham ..................apa yang syafiq mahukan . Bantulah mak memahami syafiq agar masa kita bersama di dunia ini akan di ingati kita bersama dengan kenangan manis terpahat di hati agar tidak terkilan di satu hari nanti apabila salah seorang dari kita pergi dahulu meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya. Mak.......hanya ingin melihat syafiq menjadi anak yang soleh ...........mendengar nasihat mak ayah .Itulah yang mak mahukan dari syafiq...............Mak sayangkan syafiq cuma syafiq sahaja yang tidak nampak apa yang mak lakukan. Terimalah mak seadanya....................jangan dibandingkan mak dengan yang lain........kerana sebenarnya apa yang ALLAH beri untuk kita itulah yang terbaik buat kita...........kerana DIA maha mengetahui

Saturday, October 27, 2007

Liyana Che Ismail............buah hati ketiga


Hosptal Kuala Terengganu. 29hb Ogos 1990. Yana ...........buah hati ketigaku.........anak perempuan yang mak tunggu-tunggu. Apabila doktor memberitahu yang anak dalam kandungan mak ialah perempuan, mak cukup gembira kerana akhirnya mak akan ada teman berbicara bila Yana besar nanti. Masa lahir dan dalam pantang, Yana baby yang baik.......tiada kerenah..........macam along tetapi apabila meningkat remaja dalam diam-diam kadang kadang Yana memberontak juga . Mak cukup cemas semasa Yana berusia sembilan bulan...........Yana terkena sawan terjun.........kata orang Terengganu. Masa itu mak baru ambil Kak La untuk menjaga Yana, Along dan Angah. yana waktu itu dalam buaian sedang tidur dan mak sudah pergi kerja..............tiba-tiba Kak la beritahu buaian bergerak sedangkan Yana sedang tidur nyenyak waktu itu. Kak La menjenguk Yana dalam buaian dan terkejut melihat mata Yana terbeliak dan tubuh Yana menggeletar. Kak La cepat bawa ke rumah jiran.......rumah Kak Zah ( terima kasih kak Zah) serta bersama Kak Yatie ....mereka meniup Yana dengan surah2 AL Quran dan membasuh muka Yana sebelum menelefon mak supaya balik dengan segera. ALLAH masih mahu mak ayah menjaga dan menghargai amanahNYA ............Yana ok tetapi mak bawa hospital juga sebab takut berlaku apa-apa. Doktor kata Yana demam campak rupanya...........Dan alhamdulillah tiada kerosakan pada otak Yana...........hanya ALLAH sahaja tahu .

Angah.- Ahmad Firdaus Che Ismail....... buah hati kedua

Hospital Dungun. 6 September 1987.Angah tidak sabar-sabar lagi untuk berjumpa emak ayah dan Along. Tidak sempat hendak ke Hospital KT kerana sudah ada tanda-tanda yang angah akan tiba......sampai dilabour room.....emak terpaksa menahan kakak pencuci bilik labour supaya menunggu mak kerana nurse bertugas tidak percaya yang mak akan melahirkan angah. Mak memang mudah bersalin......semasa along dulu doktor kata mak akan bersalin pukul 8 malam tetapi pukul 4 petang along dah menjengah keluar....terkejut ayah dibuatnya. Ini pula angah.....air mentuban dah pecah dan angah hanya 2.5 kg.......begitu laju terpanculnya....mujurlah kakak tersebut sempat menyambut angah....kalau tidak........tak tahulah apa akan jadi pada angah. Angah sedikit kekuningan ....jadi perlu rawatan cahaya lampu . Mujurlah tok temerloh boleh menunggu angah dan emak. Angah seorang sahaja yang ada orang menunggu di hospital selepas dilahirkan. Dari hari pertama melihat dunia.......membesarkan angah cukup menguji kesabaran mak. Masa dalam pantang, angah tak akan tidur kalau tidak tidur atas riba mak. Mak terpaksa riba angah .....bayangkan mak duduk bersila dengan jahitan yang belum sembuh. ALLAH sahaja yang tahu bertapa sakitnya nak duduk bersila.......angah menyusu dengan mak setiap satu jam.....mak pun tak faham....kenapa angah hanya sedikit sahaja menghisap susu............cukup untuk tidur satu jam sahaja. Lepas itu angah akan menangis dan terpaksa diberi susu. Begitulah mak melelapkan mata selama 40 hari dalam pantang. Duduk meriba angah.....nak mandi tok temerlohlah yang meriba angah. Mak terkena post natal blue.......mungkin sebab tak cukup tidur, penat melayan along ......ketika itu baru umur dua tahun ......tengah lasak berlari dalam rumah tok yang lama.....dan ayah pula kat dungun kerana masa itu ITM musim final exam. Akhirnya tok suruh balik Dungun takut nanti terjadi penyakit meroyan. Dan begitulah seterusnya , kalau tidur dalam buaian mesti dihayun selalu ,kalau berhenti akan terjagalah jawabnya. Tapi rupa-rupanya ...................apabila sudah menjengah remaja, angah lah penghibur hati mak.....agar tabah menghadapi apa jua dugaanNYA. Sehingga hari ini.....sedih rasanya angah tiada disisi walau pun angah tidak pernah tahu gelora besar yang bergelombang dalam hati dan fikiran mak............cukup dengan kehadiran angah ..........mak akanlupa seketika.....Semuga ALLAH panjangkan umur Angah serta dirahmatiNYA kerana angah memang anak yang baik.

Along.- Amirul Fadhli Che Ismail.............buah hati pertama


Hosptal Besar, Kuala Terengganu.15hb Julai 1985, waktu Asar Along.........Amirul Fadhli menjenguk ke dunia ini disambut dengan linangan air mata emak dan ayah yang begitu gembira dengan kurniaan ALLAH......dan segala dugaanNYA. Sewaktu baby cukup mudah menjaga along kerana Along tidak banyak kerenah. Sebagai anak sulung, emak dan ayah memberi segala kemewahan buat along yang termampu oleh mak dan ayah yang akhirnya.............hanya ALLAH dan Along sahaja yang tahu......Apa jua dugaan yang diberi, mak ayah terima kerana dengan adanya Along, mak ayah mendekatkan diri dengan ALLAH kerana hanya ALLAH sahaja yang mampu memberi taufik dan hidayah buat Along. Itulah nikmat yang ALLAH berikan dengan kehadiran along disisi mak ayah.

Buah hati dan Dugaanku


Dari bibit cinta dua insan yang saling mengasihi dan menyayangi, lahirlah zuriatku .........lima orang: Along, Angah, Yana, Syafiq dan Nana. Kurniaan ALLAH yang tidak ternilai buat mak dan ayah........dan juga dugaan buat mak ayah. Mak ayah redha dengan semuanya.....kerana tanpa anak-anak mak ayah, Lot 6428 Dungun akan sunyi sepi.......dan tiada maknanya. Cuma satu sahaja harapan mak...................jadilah anak yang soleh dan solehah dan hargailah kasih sayang mak ayah kerana sesungguhnya mak ayah amat menyayangi Along, Angah, Yana ,Syafiq dan Nana sebelum mak ayah pergi meninggalkan dunia ini untuk selama-lamanya.

Thursday, October 25, 2007

Suami Tercintaku - Che Ismail bin Long



Kapal Terbang MAS KL-Tokyo.Disember 1980.

Sedih.....pertama kali meninggalkan emak dan abah. Begitu jauh sekali ini aku tinggalkan mak dan abah. Paling jauh aku tinggalkan mak dan abah ialah ketika mengambil Diploma Perakaunan di ITM Shah Alam Disember 1977. Nak marah rasanya kerana aku sedang melayangkan fikiran ku kepada mak dan abah diganggu oleh sekumpulan ank muda yang riuh rendah bergembira. Orang tengah sedih , dia orang suka-suka pula..... Mereka duduk dibelakang ku..suamiku dan kawan-kawannya. Waktu itu masih belum mengenalinya. Mereka pun akan ke destinasi yang sama, WMU Kalamazoo. Dalam hati ku, pandai sungguh pemuda Cina ini bercakap Bahasa Melayu....tiada pelat sikit pun malah siap dengan loghat Terengganunya. Rupa-rupanya dia bangsa Melayu + Cina. Tidak bertegur sapa pun sebab masih melayan kesedihan meninggalkan mak dan abah.

Kalamazoo, Michigan,WMU. Kelas Non Western World....dalam dewan kuliah.....aduh dia ada disebelahku pula. Asyik tidur dalam kuliah mungkin masa itu itu musim sejuk...kelas pukul lapan pagi memang seronok tidur dalam dewan kuliah yang hampir 300 pelajar. Aku...memang tidak pandai nak tidur dalam kelas...aku memang rajin menulis apa jua yang dilecturekan. Nota ku memang lengkap....dan si dia memang selalu datang ke rumah ku Forestview Apt untuk menyalin nota kerana asyik tidur dalam kelas.
Bermula dari waktu itu.....sebagai kenalan sekuliah kami terus steady.....

Kg Lebak, temerloh, Pahang.20 Mac 1983. Aku sah menjadi isteri dengan sahabat yang paling ku cintai. Perkahwinan kami simple saje dengan mas kahwin hanya RM22.50 tunai. Dua minggu kemudian kami terbang semula...ke US menyambungkan pelajaran ke Sarjana ...tamat Julai 1984 dan pulan ke Malaysia. Aku mendapat tawaran kerja kat Kl sedangkan suami ku di KT...tidak sanggup rasanya nak berpish setelah sekian lama bersama. Kami pun mengambil keputusan untuk mencari kerja di organisasi yang sama dan memilih ITM kerana kami sama-sama belajar di ITM dulu dan ingin berbakti mendidik anak bangsa . Awal Disember 1984 aku disahkan mengandung anak sulungku Amirul Fadhli ( dugaan ku) dan Februari 1985...kami mendapat tawaran sebagai pensyarah ITM Dungun, Terengganu.

Buat suami tercinta, terima kasih kerana mencintai ku dengan segala kelemahan yang ada pada ku....kaulah teman setia dan semuga kasih sayang kita berdua kekal abadi ke akhir hayat. You are surely the best friend, husband and father ( if only my children understand him) that one can have and I thank ALLAH for that.

Diri Ku



Seorang isteri yang amat bertuah mempunyai suami yang amat menyayangi diri ku. Seorang emak yang amat menyayangi anak-anaknya dan sanggup berkorban apa jua demi kebahagiaan anak-anak . Seorang anak yang cukup bertuah masih mempunyai emak yang sabar( Semoga masih dapat berbakti kepadanya ). Seorang pensyarah perakaunan yang telah berkhidmat mendidik anak bangsa lebih dari 22 tahun