Sunday, October 28, 2007

Ahmad Shafiq Che Ismail................buah hati ke empat






Hospital Kuala Terengganu, 29 April 1994. Syafiq...................bermakna kasih sayang.Kurniaan istimewa ALLAH buat mak.........tetapi dikala ini dugaan hebat buat mak.Ya ALLAH tabahkan hati ku menghadapi dugaan mu ini. ( Ku redha dugaan MU ini ........................mak hanya mampu menadah tangan di malam yang sepi ......berjujuran air mata yang tidak tahu berhenti .......memohon ILLAHI memberi taufik dan hidayah buat syafiq kerana hanya DIA yang mampu melakukan nya.) Semasa kecil senyumannya menawan mak setiap kali balik dari kerja..........tengoklah gambar disebelah................senyumannya menawan sekali. Sewaktu kecil syafiq adalah kesayangan angah kerana andaikata ingin berjalan-jalan kemana pun....angah akan menangis kalau ditinggalkan syafiq..............sanggup menjaga syafiq dan rela tinggal dirumah dari meninggalkan syafiq. . Syafiq pun tiada kerenah semasa kecil.............mudah dijaga. Sebenarnya syafiq amat penyayang orangnya.........tetapi sejak meningkat remaja mak sukar memahami sayfiq walau pun mak cuba memahami syafiq. Fahamilah mak syafiq.........mak hanya ingin yang terbaik buat syafiq. Mak amat menyayangi syafiq . Maafkan mak andai mak tidak faham ..................apa yang syafiq mahukan . Bantulah mak memahami syafiq agar masa kita bersama di dunia ini akan di ingati kita bersama dengan kenangan manis terpahat di hati agar tidak terkilan di satu hari nanti apabila salah seorang dari kita pergi dahulu meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya. Mak.......hanya ingin melihat syafiq menjadi anak yang soleh ...........mendengar nasihat mak ayah .Itulah yang mak mahukan dari syafiq...............Mak sayangkan syafiq cuma syafiq sahaja yang tidak nampak apa yang mak lakukan. Terimalah mak seadanya....................jangan dibandingkan mak dengan yang lain........kerana sebenarnya apa yang ALLAH beri untuk kita itulah yang terbaik buat kita...........kerana DIA maha mengetahui

1 comment:

Nabiha Farzana said...
This comment has been removed by the author.