Thursday, June 18, 2009

Berita gembira dari Along - TAHNIAH ALONG

Buka handset - ada missed call dari along. Mak sebenarnnya selalu bimbang kalau ada missed call dari anak2 - terutama along." kenapa along call mak" " Along ada berita gembira mak" " Along lulus dengan CGPA 3.50 > " Bagi mak amat cemerlang "Alhamdulillah........." mengalir airmata mak mendengar berita ini. Sebabnya........hanya mak, along dan ayah saja yang tahu......jalan2 yang along, mak dan ayah lalui untuk along sampai ke tahap ini .Dari 2003 , mak sentiasa mengalir airmata, bimbang tapi tak pernah berputus asa mendoakkan dan mengharapkan along akan berjaya jua akhirnya dan akan berjaya sekali lagi insyaallah mendapatkan ijazah senibina satu hari nanti.

Tahniah .............Long. Tahniah ..............Long.

Mak harap mak sudah buat yang terbaik untuk along. Lebih dari itu mak tak mampu.....

Begitu juga untuk Angah, Yana, Apik dan Nana.......mak cuba yang terbaik dan termampu dan selebihnya mak berserah sahaja pada ALLAH...........tapi mak mahu Along, Angah, Yana, Apik dan Nana tahu.......mak hanya mahu yang terbaik untuk Along, Angah, Yana, Apik dan Nana ....walau pun kadangkala Along, Angah, Yana, Apik dan Nana merasakan bukan yang terbaik. Mak sendiri tidak tahu samada segala keputusan yang mak buat itu betul ke tidak....tapi mak sentiasa berdoa dan berharap agar ianya betul.

MAAFKAN MAK...........
keputusan mak tidak selari kehendak dan kemahuan Along, Angah, Yana, Apik dan Nana
MAAFKAN MAK ...........
tidak memenuhi semua kemahuan Along, Angah, Yana, Apik dan Nana .
MAAFKAN MAK ...........
tidak seperti mak kawan2 Along, Angah, Yana, Apik dan Nana

MAAFKAN MAK...........untuk segala-galanya
MAAFKAN MAK.......... ini sahaja kemampuan mak .

Dan mak sentiasa memaafkan Along, Angah, Yana, Apik dan Nana walau pun sudah banyak kali airmata mak mengalir. Mak tidak pernah putus mendoakan agar Along, Angah, Yana, Apik dan Nana sentiasa diredhai dan dirahmati ALLAH dan diampunkan segala kesilapan yang telah dilakukan.

Andaikata mak ayah tiada lagi di dunia ini mak berharap sentiasalah Along, Angah, Yana, Apik dan Nana berbaik2 dan saling bantu membantu.


Mak amat menyayangi Along, Angah, Yana, Apik dan Nana

3 comments:

nj said...

Kak Aida...
TAHNIAH buat along dan kedua ayah bondanya juga...
Along sekarang boleh bangga dengan kemampuan dirinya sendiri...Alhamdulillah...

nj said...

Kak Aida...
Sibuk cuti lagi ke? Harap Kak Aida sihat dan sejahtera.
Norma nak jemput Kak Aida ke Purpleheart untuk menerima AWARD dari Purpleheart utk blog kak Aida ni. KAlau ada kesempatan, copy dan paste aje nanti ye...buat kenangan dalam blog Kak Aida ni...
Thanx

nUmara... said...

sedih nye puan...
terus sebak .. sakit hidung!
semoga ank2 puan berjaya dunia dan akhirat! :D