Monday, October 29, 2007
Sebuah puisi untuk: anak-anak didik ku di UiTM Terengganu dan juga untuk anak2 ku
“Ok class ………satu minggu lagi….. Final exam
Saya halalkan dan berharap diberkati apa yang saya ajar ………..
Saya doakan kamu lulus dengan cemerlang dalam exam…………..
Terima Kasih puan……………….halalkan dan berkatilah apa yang kami belajar……..”
Ucapan terakhir buat anak-anak didik tersayang
Kata penutup berakhirnya kuliah…….. sebelum final datang menjelang
Ada yang keluh kesah ada yang tergamam
Ada yang dah rasa nak demam tapi tak demam
Killer paper…… persepsi anak didikku ………tapi amat penting
Nak pecah kepala kononnya dikatakan belajar
Tetapi ….sayang sekali hanya gred "C' yang dikejar
Konsultasi dengan tok guru hanya seketika
Itu pun menunggu saat saat terakhir esok lusa dah nak periksa
Sanggup tunggu berjam‑jam dek kerana queue sudah panjang
Malah ada yang nak buat appointment sehingga malam
Kasihan tok guru lunch hanya mi segera dan sos salsa
Tapi tak apalah tok guru berkorban demi anak bangsa
Tok guru dipaksa menurun semua ilmu dalam sejam
Kalau sebegini rupa diamalkan pegangan dari awal semester
Periksa dijawab dengan mata terpejam
Kejayaan bukan lagi angan‑angan
Gred "A+" pasti dalam tangan
Alangkah bahagia hati tok guru
Kalau anak didik berkobar‑kobar dari awal perjalanan
Tidaklah mengisi markah final duduk termangu
Amanah diberi telah terlaksana
Terbukti pelajar Melayu cemerlang lagi bijaksana
Tapi sesi demi sesi, tahun demi tahun berlalu
Tanpa disedari sudah 20 tahun lebih mencurah bakti
Anak bangsa yang aku kasihi masih ramai terkapai‑kapai
Dek kerana belajar kesungguhannya hanya seketika
Kadangkala tangan ku hulurkan agar tidak lemas
Tetapi sampai bila harus begini ……. bilakah akan tercapai?
Anak bangsaku menjadi tuan di ibu pertiwi …..bukannya hidup malang bak anak tiri
Alkisah seperti cerita penglipur lara
Bersorak sakan si ayam sabung menang … kampung halaman tergadai tiada disedari
Bangunlah…. …insaflah dan berjuanglah ……….rampas kembali ibu pertiwi
Sunday, October 28, 2007
Adik Nana - Nabiha Farzana Che Ismail ...........bongsu mak ayah

Ahmad Shafiq Che Ismail................buah hati ke empat

Saturday, October 27, 2007
Liyana Che Ismail............buah hati ketiga

Hosptal Kuala Terengganu. 29hb Ogos 1990. Yana ...........buah hati ketigaku.........anak perempuan yang mak tunggu-tunggu. Apabila doktor memberitahu yang anak dalam kandungan mak ialah perempuan, mak cukup gembira kerana akhirnya mak akan ada teman berbicara bila Yana besar nanti. Masa lahir dan dalam pantang, Yana baby yang baik.......tiada kerenah..........macam along tetapi apabila meningkat remaja dalam diam-diam kadang kadang Yana memberontak juga . Mak cukup cemas semasa Yana berusia sembilan bulan...........Yana terkena sawan terjun.........kata orang Terengganu. Masa itu mak baru ambil Kak La untuk menjaga Yana, Along dan Angah. yana waktu itu dalam buaian sedang tidur dan mak sudah pergi kerja..............tiba-tiba Kak la beritahu buaian bergerak sedangkan Yana sedang tidur nyenyak waktu itu. Kak La menjenguk Yana dalam buaian dan terkejut melihat mata Yana terbeliak dan tubuh Yana menggeletar. Kak La cepat bawa ke rumah jiran.......rumah Kak Zah ( terima kasih kak Zah) serta bersama Kak Yatie ....mereka meniup Yana dengan surah2 AL Quran dan membasuh muka Yana sebelum menelefon mak supaya balik dengan segera. ALLAH masih mahu mak ayah menjaga dan menghargai amanahNYA ............Yana ok tetapi mak bawa hospital juga sebab takut berlaku apa-apa. Doktor kata Yana demam campak rupanya...........Dan alhamdulillah tiada kerosakan pada otak Yana...........hanya ALLAH sahaja tahu .
Angah.- Ahmad Firdaus Che Ismail....... buah hati kedua
Hospital
Dungun. 6 September 1987.Angah tidak sabar-sabar lagi untuk berjumpa emak ayah dan Along. Tidak sempat hendak ke Hospital KT kerana sudah ada tanda-tanda yang angah akan tiba......sampai dilabour room.....emak terpaksa menahan kakak pencuci bilik labour supaya menunggu mak kerana nurse bertugas tidak percaya yang mak akan melahirkan angah. Mak memang mudah bersalin......semasa along dulu doktor kata mak akan bersalin pukul 8 malam tetapi pukul 4 petang along dah menjengah keluar....terkejut ayah dibuatnya. Ini pula angah.....air mentuban dah pecah dan angah hanya 2.5 kg.......begitu laju terpanculnya....mujurlah kakak tersebut sempat menyambut angah....kalau tidak........tak tahulah apa akan jadi pada angah. Angah sedikit kekuningan ....jadi perlu rawatan cahaya lampu . Mujurlah tok temerloh boleh menunggu angah dan emak. Angah seorang sahaja yang ada orang menunggu di hospital selepas dilahirkan. Dari hari pertama melihat dunia.......membesarkan angah cukup menguji kesabaran mak. Masa dalam pantang, angah tak akan tidur kalau tidak tidur atas riba mak. Mak terpaksa riba angah .....bayangkan mak duduk bersila dengan jahitan yang belum sembuh. ALLAH sahaja yang tahu bertapa sakitnya nak duduk bersila.......angah menyusu dengan mak setiap satu jam.....mak pun tak faham....kenapa angah hanya sedikit sahaja menghisap susu............cukup untuk tidur satu jam sahaja. Lepas itu angah akan menangis dan terpaksa diberi susu. Begitulah mak melelapkan mata selama 40 hari dalam pantang. Duduk meriba angah.....nak mandi tok temerlohlah yang meriba angah. Mak terkena post natal blue.......mungkin sebab tak cukup tidur, penat melayan along ......ketika itu baru umur dua tahun ......tengah lasak berlari dalam rumah tok yang lama.....dan ayah pula kat dungun kerana masa itu ITM musim final exam. Akhirnya tok suruh balik Dungun takut nanti terjadi penyakit meroyan. Dan begitulah seterusnya , kalau tidur dalam buaian mesti dihayun selalu ,kalau berhenti akan terjagalah jawabnya. Tapi rupa-rupanya ...................apabila sudah menjengah remaja, angah lah penghibur hati mak.....agar tabah menghadapi apa jua dugaanNYA. Sehingga hari ini.....sedih rasanya angah tiada disisi walau pun angah tidak pernah tahu gelora besar yang bergelombang dalam hati dan fikiran mak............cukup dengan kehadiran angah ..........mak akanlupa seketika.....Semuga ALLAH panjangkan umur Angah serta dirahmatiNYA kerana angah memang anak yang baik.
Along.- Amirul Fadhli Che Ismail.............buah hati pertama

Hosptal Besar, Kuala Terengganu.15hb Julai 1985, waktu Asar Along.........Amirul Fadhli menjenguk ke dunia ini disambut dengan linangan air mata emak dan ayah yang begitu gembira dengan kurniaan ALLAH......dan segala dugaanNYA. Sewaktu baby cukup mudah menjaga along kerana Along tidak banyak kerenah. Sebagai anak sulung, emak dan ayah memberi segala kemewahan buat along yang termampu oleh mak dan ayah yang akhirnya.............hanya ALLAH dan Along sahaja yang tahu......Apa jua dugaan yang diberi, mak ayah terima kerana dengan adanya Along, mak ayah mendekatkan diri dengan ALLAH kerana hanya ALLAH sahaja yang mampu memberi taufik dan hidayah buat Along. Itulah nikmat yang ALLAH berikan dengan kehadiran along disisi mak ayah.
Buah hati dan Dugaanku

Dari bibit cinta dua insan yang saling mengasihi dan menyayangi, lahirlah zuriatku .........lima orang: Along, Angah, Yana, Syafiq dan Nana. Kurniaan ALLAH yang tidak ternilai buat mak dan ayah........dan juga dugaan buat mak ayah. Mak ayah redha dengan semuanya.....kerana tanpa anak-anak mak ayah, Lot 6428 Dungun akan sunyi sepi.......dan tiada maknanya. Cuma satu sahaja harapan mak...................jadilah anak yang soleh dan solehah dan hargailah kasih sayang mak ayah kerana sesungguhnya mak ayah amat menyayangi Along, Angah, Yana ,Syafiq dan Nana sebelum mak ayah pergi meninggalkan dunia ini untuk selama-lamanya.
